• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,428 Aduan Diterima Berhubung Penipuan Online

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,428 aduan berhubung penipuan urusniaga dalam talian diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 50 kandungan iklan di tapak pasar dalam talian (online marketplace) telah disekat.

“Kes paling popular adalah pengguna membeli barang lain, yang diterima pula barang lain. Contohnya pernah ada kes beli telefon dan yang sampai adalah lesung batu.

“Barang yang diterima tidak sama seperti barang yang diiklankan juga adalah antara kes paling popular,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pada tahun lepas jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 2,279 kes dan sebahagiannya telah diambil tindakan.

Mohd Roslan berkata kes paling unik berkaitan iklan di tapak pasar dalam talian pada tahun lepas adalah membabitkan seorang lelaki yang menyewakan rumah bapanya.

“Deposit telah diberikan kepada lelaki tersebut dan apabila penyewa nak masuk rumah, ia sebenarnya masih diduduki oleh bapa lelaki terbabit.

“Rupa-rupanya rumah itu diiklankan tanpa pengetahuan bapanya,” katanya. Bagaimanapun, menurutnya kes itu berjaya diselesaikan dan wang deposit telah dikembalikan kepada penyewa tersebut.

Mohd Roslan berkata kes penipuan urusniaga dalam talian boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011, selain kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses ke laman web tidak bertanggungjawab.

Menurutnya buat masa ini, KPDNKK tidak mewajibkan mana-mana operator tapak pasar dalam talian (online marketplace operator) seperti Mudah.my, Lazada, Lelong dan 11street untuk menyemak nombor kad pengenalan penjual sebelum membenarkan mereka mengiklankan barang untuk dijual.

Mohd Roslan berkata kementerian hanya mewajibkan mereka untuk menyimpan dan menyelenggara maklumat nama, alamat dan bnombor telefon penjual di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 supaya pihak berkuasa dapat mengesan penjual terbabit jika wujud sebarang isu kepenggunaan.

Pada masa ini, katanya operator tapak pasar dalam talian sendiri yang mengawal selia penjual di laman web mereka antaranya dengan mewujudkan ruangan ulasan pembeli dan sistem rating.

Beliau berkata, bagi mendapatkan ganti rugi jika berlaku sebarang penipuan, mangsa boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna dan sesetengah platform turut menyediakan mekanisme “online dispute resolutions” dan “redress channel” mereka sendiri seperti Lazada, 11Street, Ebay dan Amazon.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati semasa membuat urusniaga dalam talian antaranya dengan menyemak harga dan rekod penjual. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd