• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan Razak Bakal Beraya Di Luar Negara

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGALAMAN beraya di Tanah Suci tahun lalu menggamit perasaan Zizan Razak untuk ke sana lagi untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Zizan bakal berangkat pada 14 Jun ini sehingga 2 Syawal selain menganggap ia tempat yang baik dan sempurna untuk bercuti.

“Semenjak pertama kali ke Makkah saya sudah tiada perasaan untuk ke tempat lain kerana di sanalah tempat paling baik untuk bercuti.

“Selain meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam setiap ibadat dilakukan saya juga sentiasa berasa amat tenang apabila berada di Makkah dan akan gunakan setiap peluang beribadah dengan sebaik-baiknya,” kata Zizan ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media program Syawal TV3 dan TV9 yang diadakan pada Rabu.

Pada hari raya nanti, TV3 dan TV9 bakal menyajikan pelbagai program menarik termasuk telefilem, seleksi filem tempatan dan antarabangsa, talk show, hiburan dan program majalah.

Sementara itu, Zizan berkata, umrah kali ini dia berasa lebih bersedia oleh kerana keinginannya untuk mengenali diri serta memperbaiki kelemahan yang ada.

“Selain sentiasa berasa tenang di Makkah, semua jemaah adalah setaraf sehingga kita tak kenal siapa kaya atau miskin.

“Ia tempat yang baik untuk bercuti dan sekiranya mampu… pergilah! Ia banyak mengajar kita mengenal diri sendiri, tak fikir benda lain selain amalan dan bagaimana hendak lalui padang Mahsyar (apabila meninggal dunia) nanti,” katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jula Juli Putus Cinta bersama Mira Filzah arahan Osman Ali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hari RayaumrahZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd