• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaid Ibrahim: Komennya Kini Cap Ayam

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Zaid Ibrahim antara ahli pilitik jenama katak. Dia melompat parti sana-sini. Google saja akan tersenarailah parti-parti yang pernah disertai, malah yang diasaskannya. Selain UMNO, parti-parti lain rekod keahliannya sekadar touch & go saja.

Kini Zaid bersama DAP.

Pada era kini, ketika kerier politiknya sudah dihujung zaman, Zaid masih mencari lime light; cuba menyerlahkan identiti politik kontemporari dengan mendokong tema dan idea liberal. Zaid sedang memacu sokongan multi religi dan multi racial.

Namun secara keseluruhannya selama 40 tahun berpolitik, prestasi dan pencapaian Zaid agak sendu dan suam-suam kuku saja.

Zaid banyak mengeluarkan pandangan liberal sejak keluar UMNO. Malah, rajin menulis juga mengenai pandangan liberalnya. Zaid banyak mengkritik kerajaan sejak terpinggir sebagai Menteri JPM ketika era Pak Lah.

Cuma Zaid sekarang sudah macam ketagih meliberalkan semua perkara, terutama apa saja yang dilihatnya berbau Islamik.

Terbaharu, Zaid dalam keadaan mabuk ketupat raya – mencela pilot AirAsia dalam isu meminta penumpang berdoa ketika berdepan masalah teknikal.

Kejadian yang dirujuk Zaid membabitkan pesawat AirAsia X penerbangan D7237 dari Perth ke Kuala Lumpur, semalam.

Isu ini menjadikan tahap ketaksuban Zaid pada liberalisme terseret ke tahap paling rendah. Berdoa sewaktu detik cemas pun pun dikritiknya. Seolah-olah pilot yang bertugas hanya menggoyangkan kaki dalam kokpit dan berdoa saja ketika mengendalikan detik kritikal.

Zaid barangkali lupa, dalam suasana pesawat bergoncang seperti mesin basuh akibat kerosakan enjin, pilot yang dikritiknya berjaya mengendalikan penerbangan berpatah balik dengan jayanya.

Pesawat selamat mendarat pada 10.00 pagi di Perth setelah berpatah balik selepad 90 minit berlepas.

Zaid barangkali tidak faham peranan doa dalam semua agama. Doa bersifat menenangkan diri. Memandangkan gegaran enjin sangat kuat, pilot cuba menenangkan penumpang dengan pesanan berdoa. Ini bagi mengawal rasa panik.

Kritikan dangkal Zaid ditegur Ahli Parlimen Pasir Mas (PAS), Nik Abduh Nik Aziz.

“Saya doakan supaya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diberi kesedaran mengingati dan berdoa kepada Tuhan ketika berdepan kecemasan seperti insiden menimpa pesawat AirAsia X di Australia, kelmarin,” kata Nik Abduh.

Kenyataan Nik Abduh merujuk pada kritikan Zaid terhadap tindakan pilot AirAsia.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berkata, Zaid tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan juruterbang itu kerana menjadi lumrah manusia berdoa kepada Tuhan memohon bantuan ketika berdepan musibah.

“Saat bersabung nyawa disapa takdir (diberi ujian) adalah saatnya Allah tunjukkan kepada manusia hakikat kehidupan. Mereka perlukan Allah. Allah-lah empunya langit bumi dan segala kejadiannya.

“Saya doakan saatnya nanti, fitrah Zaid akan tersembul keluar. Biar Allah tunjukkan dengan hikmat-Nya bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada Tuhannya,” tulisnya di Facebook.

Apa hal Zaid? Berdoa pun isukah? Kalau ada penumpang yang free thinker, mereka boleh berdiam diri. Tidak ada paksaan. Pilot menjalankan tugasnya menenangkan penumpang.

Apa yang bebal sangat dengan berdoa?

Apakah ahli politik tidak pernah berdoa? Apakah ahli politik perlu menjadi imam dan paderi sahaja kalau mereka memilih untuk berdoa?

Apakah sebagai ahli politik Zaid tidak pernah berdoa? Terutama ketika bersama UMNO, Kita dan PKR?

Kalau tidak pernah berdoa, maka karma kesombongan pada Tuhanlah yang menjahanamkan kerjaya politiknya selama ini.

Sekiranya pernah berdoa – apakah adil apabila orang berkata: “Zaid, kalau kau nak berdoa dalam majlis politik, baik kau jadi imam saja!” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Zaid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Liow Puji Kru Pesawat AirAsia X Hadapi Masalah

Next Post

Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi

Related Posts

Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Saing

23/10/2018
0

BEKAS menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera...

Zaid Ibrahim Dibebaskan Tanpa Dipanggil Bela Diri

12/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid...

Next Post

Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd