• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YB Nancy: Rakyat Mahu Imej SPAD Totally Clean!

oleh Ahmad Albab
24/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTAH perlantikan bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah jelas kedengaran. Malah, ia protes persatuan pengusaha teksi yang dilihat sebagai entiti prominan secara dalam urusan kerja SPAD.

SPAD agensi strategik; selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam darat lebih pragmatis, efisien dan berdaya komersil.

Cuma bantahan ini dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dengan kenyataan balas yang lemah. Yakni, tidak menjawab isu pokok yang disuarakan masyarakat berkaitan dengan profil yang tidak bersih dan persepsi negatif terhadap intregriti SPAD.

Nancy dalam nada politik yang motifnya cuba menenangkan kegelisahan pemprotes dengan menjelaskan, (SPAD) akan sentiasa mengamalkan tahap tadbir urus tertinggi melalui komitmen Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azharuddin Mat Sah dan pasukan pengurusan SPAD.

SPAD di bawah JPM dijaga oleh Nancy. Justeru, Nancy menjawab, peranan Pengerusi SPAD hanya berkaitan mempengerusikan mesyuarat anggota suruhanjaya. Agenda mesyuarat pula rigid dalam bidang diskusi bagi memastikan hala tuju strategik Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara dilaksanakan.

Jadi dalam erti kata yang lain, tiada ruang pengerusi untuk memanipulasi apa juga bentuk keputusan berkaitan operasi SPAD. Samada keputusan kewangan dan pengurusan kontrak, ia bidang tugas eksklusif kumpulan pengurusan SPAD diketuai Ketua Pegawai Eksekutif.

Pengerusi SPAD hanya terlibat dalam isu polisi dan dasar. Maknanya, takkan ada pengaruh sesen pun mengenai urusan kewangan, pelaburan dan pemberian kontrak.

“Segala aspek pentadbiran dan pengurusan suruhanjaya, termasuk operasi, perancangan, pelesenan serta penguatkuasaan adalah kuasa pentadbiran ketua pegawai eksekutif dan barisan pengurusan SPAD.

“Saya percaya momentum dan semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam budaya kerja SPAD akan terus diperhebatkan lagi bagi memastikan transformasi pengangkutan awam darat dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” kata Nancy dalam kenyataan hari ini.

Nancy sudah dapat menghidu suara-suara yang menentang kehadiran Isa di SPAD sangat kuat.

Cuma Nancy nampaknya tidak membaca isyarat awam ini dengan tepat. Menentang perlantikan Isa ialah berkait dengan profil SPAD. Pihak yang berkaitan dan berurusan dengan agensi itu mahukan calon yang bersih, dihormati dan bebas daripada dikaitkan dengan kes-kes mencurigakan.

Beberapa portal berita melaporkan pelantikan Isa sebagai Pemangku Pengerusi SPAD pada 19 Jun lepas, mendapat kritikan susulan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semasa Isa menyandang jawatan Pengerusi FGV.

Nancy pula menjelaskan, seolah-olah jangan risau isu salah guna kuasa dan pengaruh pengerusi dalam pengurusan. Hujahnya, SPAD badan berkanun yang ditubuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010. Kuasa membuat keputusan strategik dalam operasi hari ke hari adalah mutlak milik CEO.

Cuma Nancy lupa. Apa yang disuarakan adalah isu intergriti. SPAD perlu kekal diyakini. Bukan diperlekeh dengan troll mengenai profil dan imej pemangku pengerusi yang masih dipalit isu FGV.

So harapnya Nancy faham! Ia isu intergriti dalam profil SPAD. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nancy ShukriSPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramadan: Krisis Qatar & Arab Saudi Kekal Kronik

Next Post

Aliran Trafik Masih Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Next Post

Aliran Trafik Masih Perlahan Di Lebuh Raya Utama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd