• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

oleh AK-47
04/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WISMA Putra menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Resorts World Manila, Filipina awal pagi tadi.

Kedutaan Malaysia di Manila juga sedang memantau rapi perkembangan insiden berkenaan dengan pihak berkuasa tempatan.

Pihak kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Manila agar sentiasa berhati-hati selain mematuhi segala peraturan keselamatan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pihak kedutaan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Manila di talian 00 (632) 662 8200 / 00 (63) 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau e-mel di mwmanila@kln.gov.my.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang lelaki bertopeng bersenjatakan senapang menceroboh kawasan kasino resort tersebut dan melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen sebelum membawa lari beg mengandungi cip judi.

Suspek kemudiannya ditemui dalam sebuah bilik di hotel tersebut dalam keadaan rentung dipercayai membunuh diri.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 36 maut manakala lebih 50 cedera akibat serangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FilipinaManilaWisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Etnik Rohingya Dijual Untuk Mengemis

Next Post

Ramai Baca Al-Fatihah Dengan Teknik Yang Salah

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Ramai Baca Al-Fatihah Dengan Teknik Yang Salah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd