• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dikecam Biar Anak Dipatuk Ular

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu telah dikecam ramai selepas dia membiarkan seekor ular mematuk anak perempuannya yang berusia setahun sebagai satu proses pembelajaran.

Wanita itu yang tidak didedahkan namanya telah meletakkan ular itu di dalam plastik dan diberikan kepada anaknya.

Bayi itu cuba menyentuh ular terbabit dan dia kemudiannya dipatuk oleh ular tersebut.

Manakala ibunya pula hanya ketawa apabila melihat reaksi anaknya yang terkejut itu.

Dia kemudiannya memuatnaik video tersebut dalam Facebook sambil menerangkan bahawa dia cuba mengajar anaknya mengenai hidupan liar di Sebring, Florida, iaitu tempat di mana mereka menetap.

“Ia telah mematuk saya dan anak lelaki saya tetapi tidak meninggalkan kesan, beberapa kali. Jadi saya rasa ia merupakan peluang yang baik untuk memperkenalkan kepada anak perempuan saya,’’ katanya yang menemui ular itu ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Selepas mendapat kecaman, dia kemudiannya memadamkan entri terbabit.

Susulan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, wanita itu kini berdepan dengan tuduhan penganiayaan kanak-kanak.

Namun wanita itu menyifatkan orang ramai terlalu sensitif dan menyangka dia sengaja mahu mencederakan anaknya.

Wanita itu juga memberitahu bahawa dia belajar mengendalikan reptilia ketika masih kecil dengan bantuan bapanya yang juga seorang anggota polis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dipatuk ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos

Helikopter Bomba Terbangkan Pelajar UPM Dipatuk Ular Di Gunung Tahan

28/06/2024
0

LIPIS: Helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pengkalan Udara, Wilayah Utara melakukan penerbangan kecemasan untuk menyelamatkan...

Dua Pencari Kelubi Maut Dipatuk Ular Belalang

16/09/2018
0

MUKAH - Gara-gara dikatakan mengganggu sarang ular dipercayai tedung hitam yang dikenali dengan nama Ular Belalang oleh masyarakat Iban, dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd