• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR industri hiburan tanah air apabila tular sebuah siri petikan skrin (screenshot) oleh seorang wanita di laman sosial yang dakwa dirinya digoda pelakon terkenal, Shukri Yahaya.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga ‘banyak masa’ memuat naik perbualan WeChat berkenaan menerusi laman Instagram.

Namun, meskipun mendakwa dia mempunyai bukti rakaman perbualan video dengan pelakon lelaki tersebut, dia tidak muat naik rakaman itu atas sebab-sebab tertentu.

Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi

Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi

Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi

Mengakui berasa bengang dengan tuduhan itu, hero drama 7 Hari Mencintaiku itu tampil jawab isu kononnya menggoda wanita tersebut.

“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.

“Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.

“Stop making stupid people famous (Hentikan buat orang bodoh popular),” ujarnya.

Ditanya tentang tindakan terhadap perkara ini, Shukri berkata, dia enggan melayannya dan menganggap ia sesuatu yang remeh.

“Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,” ujarnya.

Tambah Shukri lagi, dia enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh jadi dirinya dengan meletakkan gambar profil dia seterusnya menyamar dengan cara berbalas teks perbualan.

Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016. – MYNEWSHUB.CC

Tags: shukri yahaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sisa Makanan Ramadan Tanggung 180 Juta Mangsa!

Next Post

iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’

Related Posts

“Kau Setuju Ke Kalau Aku Terajang Kau Betul-Betul?”

18/10/2018
0

PELAKON Shukri Yahaya meluahkan rasa berang terhadap pelakon baharu yang tidak tahu menggunakan teknik lakonan dalam babak pukul dengan cara...

Jangan Nak Keluh Kalau Skrip Tak Bagus

13/07/2018
0

PELAKON, Shukri Yahaya memberitahu sebagai seorang pelakon, dia tidak boleh mementingkan diri dan mengeluh dengan tawaran skrip jalan cerita yang...

Next Post

iPhone 7 Plus Ara Kena Curi 'Bakal Pembeli'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd