• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Satu Keluarga Terbabas Masuk Parit…

oleh AK-47
12/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH keluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam parit.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian namun ia dipercayai berlaku di sebuah kawasan perkampungan di utara Perak.

Menerusi rakaman berdurasi 25 saat, mangsa pada mulanya dilihat memandu sambil berborak dengan isterinya namun kendereaan dihadapan secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan.

Membuatkan pemandu berkenaan hilang kawalan dan terus membelok ke sebelah kiri jalan bagi mengelak dari melanggar kenderaan di hadapannya.

Bagaimanapun sebuah kereta jenis Proton Saga secara tiba-tiba dilihat membelok ke arah kiri untuk memasuki simpang, sekali lagi membuatkan pemandu itu terpaksa mengelak dan akibatnya terbabas ke dalam parit.

Kedengaran juga suara bayi menangis ekoran impak kuat yang diterimanya ketika kemalangan.

Netizen di ruangan komen rata-ratanya mengecam tindakan pemandu Proton Saga itu yang dilihat lambat memberi signal ke kiri, seterusnya menjadi punca utama kemalangan itu berlaku.

Namun segelintir netizen juga mengandaikan pemandu terbabit tidak memberi fokus pada pemanduan gara-gara menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Apa pun,semoga video ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Berhati-hatilah ketika memandu terutamanya apabila pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Pandu cermat, jiwa selamat! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kecuaiankemalangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dulu Penakut, Sekarang Saya Dah Jadi Abang Bomba”

Next Post

Xiaomi Mi Max 2, Bateri Mampu Tahan Dua Hari

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

25/05/2025
0

BATU PAHAT: "Ketika itu saya sedang berbual dengan Mak Su di telefon… tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum disusuli suara mengerang...

Next Post

Xiaomi Mi Max 2, Bateri Mampu Tahan Dua Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd