• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bawa Mayat Abang ‘Bersiar-Siar’ Di Pekan…

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA terlalu rindu, seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila gali kubur abangnya dan bawa mayat tersebut bersiar-siar di sekitar pekan Prata, di tenggara Brazil, hujung minggu lalu.

Lapor Daily Mail, Elderlandes Rosa, 29, bagaimanapun ditahan pihak polis tidak beberapa lama kemudian setelah orang awam membuat laporan terhidu bau busuk yang keluar daripada keranda tersebut.

Namun menurut lelaki itu, dia bermimpi abangnya, Eri Erisberto, yang mati tahun lalu ketika berusia 30 tahun, memintanya bersiar-siar sekitar pekan dengan menunggang basikal seperti mereka lakukan sebelum ini.

Berikutan itu, Elderlandes nekad menggali kubur abangnya pada sebelah malam Sabtu lalu (Ahad waktu Malaysia), dan kemudian membawa keranda mendiang abangnya itu bersiar-siar.

Sebelum itu, dia turut mengeluarkan mayat abangnya dari keranda untuk ‘berbual’.

Pegawai polis di pekan itu, Luciano Goncalves, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai memberitahu kejadian pelik tersebut.

“Lelaki itu beritahu dia terlalu rindukan abangnya, lalu menggali kuburnya, membawa keranda bersiar-siar sebelum mengeluarkan mayat dari keranda untuk ‘berbual,” katanya.

Dalam temuramah dengan stesen televisyen Brazil, Vitoriosa TV, Elderlandes menyatakan bahawa ia adalah janjinya kepada abangnya.

“Saya kata, jika dia mati dulu, saya akan membawanya bersiar-siar, ke tempat yang dia suka pergi.

“Sekarang saya sudah tunaikan janji. Selepas ini saya boleh tenang. Terpulang kepada mereka yang ketawa atau mempersendakan saya,” katanya.

Menurut keluarganya, Elderlandes amat sedih dan tidak dapat menerima hakikat abangnya sudah meninggal dunia.

Dia bagaimanapun dibebaskan sementara siasatan lanjut dijalankan manakala mayat abangnya dikebumikan kembali keesokannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BrazilMayatpelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JKNT Nafi Pemuda Meninggal Akibat Denggi

Next Post

T.O.P Masih Mampu Senyum Walau Disingkir

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

T.O.P Masih Mampu Senyum Walau Disingkir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd