• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah hotel, di Taman Malari, Cheras, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, suspek berusia 40-an itu dipukul dengan playar dan batang besi sebelum diikat pada kereta dan cuba diheretnya ke sebuah balai polis yang berhampiran.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca akibat suspek dikatakan cuba mencuri telefon bimbit seorang lelaki dan bertindak untuk melarikan diri, namun gagal setelah ditangkap orang ramai.

Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Eve, orang ramai yang menyaksikan kejadian terpaksa menghubungi polis bagi halang tindakan kumpulan lelaki itu yang dilihat begitu keterlaluan terhadap suspek.

“Saya terdengar bunyi orang bergaduh di depan apartmen yang saya jangka ia sudah berlaku 30 minit awal sebelum saya mula merakam video ini.

“Beberapa orang di sekeliling saya kemudian menghubungi pihak polis yang datang ke lokasi kejadian 30 minit kemudian,” katanya dipetik laman Stomp.

Tambah Eve, apabila orang ramai menjerit ke arah kumpulan lelaki itu yang cuba heret mangsa dengan menggunakan kereta, kumpulan lelaki itu mengatakan yang suspek patut ‘mati’ atas kesalahan yang dilakukan.

Malah, mereka turut memnta agar orang ramai yang berada di situ agar tidak campur tangan.

“Mujur ada seorang lelaki yang berani menghalang dan menenangkan mereka sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian,” tambahnya.

Sebaik saja polis tiba, saksi ternampak salah seorang lelaki menyembunyikan tali yang digunakan itu dan terus beredar meninggalkan tempat tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dibelasahpencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat Awam Pasti Menyusut – PN

Remaja Dibelasah Bapa Mabuk Bongkar Pernah Dirogol Suspek

25/01/2024
0

REMBAU: Remaja perempuan yang ditendang dan dipukul bapanya yang mabuk sehingga menerima 12 jahitan pada kepala tengah malam kelmarin, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd