• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Balasan Tunai Di Bulan Ramadan”

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHERAS – Dua penjenayah menerima balasan ‘tunai’ apabila dirempuh sebuah kereta ketika cuba melarikan diri sebaik meragut seorang gadis berusia 19 tahun di hentian bas Jalan Kuari, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 18 dan 23 tahun itu patah kaki akibat dirempuh kereta yang dinaiki rakan mangsa yang cuba menghalang mereka.

Rakaman video yang memaparkan bagaimana kedua-dua suspek berkenaan dilihat meraung kesakitan sambil dimarahi oleh orang ramai di tempat kejadian turut menjadi tular di laman sosial.

“Lu masa buat(ragut) tak ingat malu, sekarang orang ambil gambar lu baru nak malu?” tanya seorang individu yang kemudiannya menghadiahkan sepakan kepada suspek.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki itu meragut beg tangan mangsa menyebabkan gadis itu segera menghubungi rakannya yang dalam perjalanan menjemputnya di hentian bas.

“Suspek kemudian merempuh kereta rakan mangsa yang kebetulan tiba di hentian bas itu. Mereka terjatuh di bahu jalan selepas merempuh Kia Forte itu.

“Suspek mengalami kecederaan di muka, badan dan patah kaki. Justeru, polis menahan mereka dan membawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya memetik laporan daripada sebuah akbar berita tempatan.

Menurutnya, semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek adalah dicuri dan mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cedera parahJenayahperagut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Konstabel Parah Ditikam Dalam Operasi Dadah

Konstabel Parah Ditikam Dalam Operasi Dadah

10/07/2023
0

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis cedera parah ditikam di bahagian rusuk belakang sebelah kiri oleh seorang lelaki ketika menjalankan Op...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd