• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniSZA: Biasiswa Untuk Pelajar Tidak Berkemampuan

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menawarkan lebih RM700,000 biasiswa pendidikan melalui mekanisme wakaf untuk membantu membiayai pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif berkata wakaf biasiswa yang disediakan itu dijana daripada keuntungan jumlah pokok yang dilaburkan.

“Ia terbahagi kepada tiga bentuk bantuan iaitu kemudahan biasiswa yang membiayai keseluruhan yuran pengajian, yuran penginapan dan elaun sara hidup bulanan.

“Kedua ialah kemudahan biasiswa yang membiayai keseluruhan yuran pengajian dan yuran penginapan dan yang ketiga ialah kemudahan biasiswa yang membiayai keseluruhan yuran pengajian sahaja,” katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Perdana bersama Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Noor di sini malam tadi.

UniSZA melalui Pejabat Wakaf dan Infaq (WAKAF) telah merancang pelbagai inisiatif untuk memartabatkan pelaksanaan wakaf di universiti sejak diberi kebenaran oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk menguruskan pelaksanaan wakaf secara bersama di UniSZA pada 20 Oktober 2016.

Mengulas lanjut, beliau berkata bentuk biasiswa yang akan ditawarkan kepada pelajar tertakluk kepada hasil siasatan terperinci.

“Buat permulaan, kemudahan biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar UniSZA daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang sedang mengikuti program pengajian di peringkat prasiswazah.

“Kita juga telah mengenal pasti pelajar yang layak dan biasiswa akan diberi mengikut keperluan mereka,” katanya.

Ketika ini, UniSZA juga telah memperkenalkan dana wakaf ilmu, dana wakaf rumah rehat dan dana wakaf kompleks Islam yang bertujuan membiayai aktiviti berteraskan pendidikan.

Dalam majlis itu juga, UniSZA telah menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada penyumbang individu untuk dana wakaf rumah rehat. – BERNAMA

Tags: BiasiswaUniSZa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Merah

Pelajar UniSZA Maut Dirempuh Kereta Langgar Lampu Merah

05/01/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar wanita Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah...

Anak Buaya Sesat Masuk UniSZA

Anak Buaya Sesat Masuk UniSZA

16/02/2025
0

Besut : Seekor anak buaya tembaga tersesat masuk ke kawasan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd