• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Budak 7 Tahun Lemas Ketika Solat Terawih

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kakak tidak menyangka adik yang dibawanya bersama untuk mengerjakan solat terawih maut selepas terjatuh ke sungai di Kampung Baru Tengah, Kubang Rotan, Kedah, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam semalam, Iman Shafiq yang berusia 7 tahun dikatakan bermain basikal di titi konkrit berhampiran masjid itu bersama rakan sebayanya sebelum dia terjatuh ke dalam sungai berkenaan lalu dihanyutkan arus sebelum tenggelam.

Mayatnya ditemui tersangkut pada ranting kayu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri pada jam 12.41 tengah malam semalam dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Kakak keempat mangsa, Suhaida Ibrahim, 17, berkata, dia tidak menyedari adiknya pergi ke kawasan titi konkrit kira-kira 20 meter di hadapan masjid itu kerana menunaikan solat Terawih.

Menurutnya, dia pergi bersama arwah dan seorang lagi adik, Idham, 12, ke masjid berkenaan dengan menunggang motosikal dari rumah mereka di Kampung Sungai Baru Tok Keramat yang terletak tidak jauh dari situ.

“Saya hanya mengetahui adik terjatuh selepas ibu, Sharifah Noor, 47, datang ke masjid dan terkejut kerana sebelum itu arwah hanya bermain di kawasan depan masjid saja.

“Bagaimanapun kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan adik yang manja dan baik,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid It Tihad, Alor Setar jam 11 pagi tadi. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: budakKedahlemasmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd