• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sedih Dengan Kemalangan Pelajar Tahfiz

oleh AK-47
04/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang mengorbankan tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai, Kelantan, di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Telekung hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dapat dielakkan sekiranya semua maahad tahfiz di negara ini mengikuti peraturan dan undang-undang ditetapkan termasuk dalam soal muatan pelajar di dalam kenderaan.

“Saya ingin mengingatkan diri saya dan mudir supaya patuhi peraturan, nyawa anak-anak bukan taruhan untuk menyumbat mereka sehingga melebihi muatan. Ini bukan pertama kali kemalangan seperti ini berlaku, kita harap maahad tahfiz dapat ikuti peraturan dan undang-undang muatan kerana ini melibatkan soal nyawa.

“…. Memang kemalangan tidak berbau tetapi kita boleh mengelakkannya jika kita mengikuti piawaian bagi kenderaan sekolah tahfiz ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pogram Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan dengan warga KDN peringkat Pahang di masjid berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman.

Majlis anjuran KDN itu dihadiri kira-kira 1,200 tetamu terdiri daripada pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat jabatan dan agensi di bawah KDN dan jemaah masjid.

Menurut Ahmad Zahid, dalam pertemuannya dengan lebih 30,000 huffaz di Masjid Wilayah di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau sendiri telah mengingatkan tentang soal kebajikan anak-anak tahfiz di negara ini.

“Saya hargai usaha individu dan organisasi untuk melaksanakan dan menyediakan pendidikan tahfiz ini, tetapi kita tidak mampu kompromi dari segi kebajikan atau keperluan asas pelajar ini dan soal keselamatan serta nyawa perlu diambil kira dan diberi keutamaan.

“Jadi kesedihan ini saya fikir bukan sekadar perasaan kerana saya sendiri ada sekolah yang sama (sekolah tahfiz) dan saya berharap ini akan jadi satu pengajaran untuk sekolah tahfiz untuk mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku,”katanya.

Dalam kemalangan pada 9.45 pagi tadi, tujuh pelajar tahfiz maut, tujuh lagi cedera termasuk lima parah selepas van yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh sebuah rumah penduduk.

Kenderaan dinaiki oleh 12 pelajar dan dua guru pengiring daripada Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai itu, dipercayai lebih muatan.

Sementara itu mengulas tentang titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka terhadap Anggota Parlimen Subang R, Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat berikutan tindakannya berucap di dalam Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, Ahmad Zahid berkata semua pihak sepatutnya menghormati titah baginda.

“Sultan selangor telah beberapa kali menitahkan masjid tidak dijadikan tempat ahli politik berada di dalamnya untuk beri syarahan politik sama ada yang beragama Islam atau tidak.

“Bukan sahaja Sultan Selangor murka, tetapi seluruh raja-raja dan sultan-sultan. Kita harap kejadian ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid meminta umat Islam termasuk golongan pemimpin untuk mendekati dan memuliakan golongan ulama sebagai sebahagian cara untuk memperbaiki dan menambah pengetahuan untuk menjadi umat yang lebih baik.

Menyifatkan bulan Ramadan sebagai ‘bulan untuk kembali ke sekolah’, beliau berkata pembelajaran merupakan amalan berterusan sepanjang zaman, tanpa mengira had usia sama ada sudah menjelang ‘Maghrib, Isyak mahupun Tahajud’.

“Saya seru diri saya dan kita semua, walaupun usia telah meningkat, jangan malu untuk belajar dan buka al-Quran, tafsir dan dekati ulama walaupun mereka lebih muda daripada kita,” katanya.

Ahmad Zahid berkata golongan ulama wajar diberikan penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi, merujuk kepada kejadian dahulu apabila penerima Tokoh Maal Hijrah hanya menerima penghargaan RM5,000, lebih sedikit berbanding yang diterima penyanyi terkenal semasa itu.

Katanya, inisiatif untuk memuliakan ulama menyebabkan beliau bertemu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada masa itu, Datuk Mohd Noor Abd Hamid menyatakan kesanggupannya untuk mencari dana bagi menambah ganjaran kepada ulama.

“Saya ingat yang pertama menerima ganjaran baharu itu (sebagai Tokoh Maal Hijrah 2008 menerima RM120,000, medal dan sijil) ialah Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Bila beliau terima, beliau menangis kerana rasa begitu dihargai. Kalau kita hargai ulama, kita akan diberkati dan mereka akan beri kita nasihat yang baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPelajar Tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

To Begin a Powerful Essay

Next Post

ETS Technologies to Supply GMAT Essay Matters for Writing Exercise.

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

ETS Technologies to Supply GMAT Essay Matters for Writing Exercise.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd