• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tak Selaras Dengan Semangat Ramadan – PKR

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika mengagihkan kurma untuk berbuka puasa di sebuah bazar Ramadan disifatkan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu juga dilihat tidak selaras dengan semangat bulan Ramadan.

“PKR kesal dengan tindakan sekelompok umat Islam yang menghalang malah menyerang Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong dan rakan-rakan sewaktu mengedar kurma di sebuah bazar Ramadan.

“Tindakan kelompok ini jelas tidak berasaskan ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW, dan tidak selaras dengan semangat bulan Ramadan,” katanya.

Menurut beliau, niat Chin Tong untuk mengedar buah kurma adalah satu yang baik dan tidak wajar dihalang.

“Walaupun beliau bukan seorang yang beragama Islam namun beliau mahu menyantuni warga Muslim di sekitar Kluang.

“Malah mengedar buah kurma, bubur lambuk malah juga juadah lain telah menjadi kelaziman bukan sahaja bagi pimpinan politik malah juga NGO dan orang ramai,” ujarnya.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa agar semua pihak menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Ini bukan perkembangan yang sihat untuk masyarakat majmuk di negara kita. Oleh itu, PKR menggesa semua pihak supaya menjaga keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat serta menolak budaya perkauman dan tindakan ekstremis,” katanya.

Kelmarin satu klip video memaparkan sekumpulan lelaki bertindak menghalang dan menyerang rombongan Ahli Parlimen Kluang untuk mengedarkan buah kurma kepada orang rami di bazar Ramadan di Parlimen itu.

Video berkenaan menjadi viral dan mendapat kecaman serta perhatian ramai pihak termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Tindakan Tak Selaras Dengan Semangat Ramadan – PKR

Khairy menerusi akaun Twitter miliknya mengecam tindakan sekumpulan lelaki yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi.

“Tindakan yang perlu dikecam. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walau berbeza pandangan politik,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, polis menahan dua individu yang terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan. Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=N2OYPU3g7II

Tags: bazarkecohPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd