• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan DoJ Berunsur Politik – Peguam Negara

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

“Jika mereka minta (sebarang maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan. Jadi saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik.

“Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang merupakan salah seorang pendekar yang digeruni di Kelantan sekitar 1920-an. Mohamed Apandi merupakan cicit kepada Awang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbukanya baru-baru ini dipetik sebagai berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.

Beliau turut dipetik sebagai berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah ‘tidak beriman dan budiman’. – BERNAMA

Tags: DOJTan Sri Mohamed Apandi Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

04/07/2024
0

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low, adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd