• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Bakar Harumanis Tidak Wajar

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak kesan lambakan akibat kurang permintaan.

Pengarahnya, Zulkifli Amin Mat Jusoh berkata tindakan tersebut amat tidak wajar memandangkan banyak alternatif bagi mengatasi lambakan buah harumanis seperti diproses menjadi jus atau minuman kordial.

“Dek kerana permintaan kurang dan berlaku lambakan pengeluaran, orang Perlis terpaksa bakar Harumanis?…Itu salah sama sekali.

“Mujurlah hanya seorang pengusaha bertindak sedemikian.

“Memang diakui pada musim kali ini, permintaan sedikit merosot.

“(Kebetulan) harumanis mencapai kemuncak pengeluarannya pada bulan puasa, jadi keghairahan untuk membeli dan memakan buah itu tidak seberapa,” kata Zulkifli Amin ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini yang bertajuk ‘Petani Perlis Bakar Harumanis, Harga Jatuh Mendadak’ ekoran lambakan pengeluaran.

Zulkifli Amin berkata pengeluaran Harumanis yang begitu banyak pada musim ini adalah rezeki dan rahmat besar yang dikurniakan di negeri ini yang tidak wajar disia-siakan begitu sahaja.

Pihak Jabatan Pertanian juga tidak melihat lambakan mangga itu sebagai satu masalah, malah berterusan membantu para petani komersial untuk memasarkan hasil mereka ke seluruh negara melalui pelbagai cara serta kerjasama dengan jabatan berkaitan yang lain, katanya.

“Bagi buah yang sudah terlalu masak, atau kualitinya terlalu rendah ia akan dijual kepada pengusaha yang menjalankan industri hiliran berasakan harumanis seperti membuat aiskrim dan kordial minuman, bukannya dibazirkan dengan dibakar atau dibuang,” jelasnya.

Mengulas lanjut Zulkifli Amin berkata selain pengeluran luar biasa tahun ini, imej harumanis itu sendiri telah dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menjual buah yang tidak berkualiti dan belum cukup matang demi mengaut keuntungan semata-mata.

Ada segelintir individu yang menanam harumanis enggan menjaga pokok itu secara serius termasuk tidak melakukan proses membalut buah dengan kaedah yang betul sedangkan cara itu amat mempengaruhi kualiti buah. – BERNAMA

Tags: harumanis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Kebun Harumanis, Ini Pesanan Mufti Perlis

12/07/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak...

Harumanis Dicadang Menu Wajib Majlis Kerajaan

22/02/2019
0

KANGAR - Menteri Pertanian dan Industri Asas, Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd