• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Sudah Sedia Penginapan 30,200 Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persediaan rapi terutama dari aspek penginapan bagi menyambut ketibaan seramai 30,200 jemaah yang akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata aspek penginapan perlu ditambah baik dan diberi keutamaan selepas Malaysia memperoleh kebenaran menambah 7,880 jemaah daripada kuota 22,320 orang yang biasa diberikan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

Untuk itu, TH telah menyediakan sebanyak 23 tempat penginapan di Makkah dan 11 penginapan di Madinah, yang mana kedua-dua lokasi berada dalam jarak 950 meter dari Masjidil Haram dan 330 meter dari Masjid Nabawi, katanya pada sidang media mengenai lawatan kerja bagi meninjau persiapan TH sejurus tiba dari Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata penerbangan pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai, manakala penerbangan terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan terbang utama iaitu di KLIA, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji Malaysia dijadual pulang ke tanah air bermula 7 September iaitu selepas seminggu melakukan wukuf di Arafah dengan penerbangan terakhir dari Arab Saudi dijangka tiba pada 4 Oktober.

Berhubung aspek keselamatan berikutan isu hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Qatar, Jamil Khir berkata pihaknya mengikuti perkembangan itu dengan teliti dan sudah mendapatkan maklumat mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil oleh jemaah daripada kerajaan Arab Saudi dan kedutaan Malaysia di negara itu.

“Para jemaah diminta tidak bimbang kerana pihak berkuasa Arab Saudi telah memberi jaminan mengenai keselamatan semua jemaah, cuma bakal haji dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan atau perjumpaan yang bukan di bawah arahan kerajaan Malaysia atau seliaan TH kerana tindakan sebegitu dipantau,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata beliau serta pengurusan kanan TH sedang dalam perbincangan akhir bersama dua pemaju hartanah di Makkah dan Madinah bagi membangunkan kompleks penginapan bersepadu yang boleh menempatkan sehingga 35,000 jemaah Malaysia pada masa akan datang.

Beliau berkata pihaknya telah melawat ke tapak pembangunan tersebut dan sedang menilai beberapa aspek seperti keluasan dan pelan pembangunan yang dirancang pemaju sebelum bersetuju untuk membangunkan sebahagian tanah itu sebagai kompleks penginapan yang baharu.

Jika berjaya dilaksanakan, projek ini apabila siap kelak akan memudahkan pengurusan TH untuk mengendalikan dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah kerana ia dirancang untuk memiliki kemudahan klinik kesihatan, dewan serta tempat makan, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lompat Parti Disifatkan Proses Pemutihan UMNO

21/12/2018
0

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu...

Tiada Pinda Akta Tubuh Mahkamah Khas Syariah

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd