• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Temui Objek Pelik, Booth Jualan Aeril Zafrel Disihir?

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu Karnival Jualan Mood Republik yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerima kunjungan ramai yang tidak henti-henti berpusu-pusu ke lokasi tersebut.

Karnival yang berlangsung selama 72 jam bermula Jumaat lalu menghimpunkan pelbagai gerai jualan pakaian, aksesori dan biskut raya bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Gerai yang pasti mendapat sambutan hangat sudah tentulah gerai jualan para selebriti yang terlibat sama dalam karnival tersebut.

Aeril Zafrel merupakan salah seorang artis yang terlibat sama dalam karnival tersebut, menjual baju Melayu jenamanya sendiri, Lima Waktu dan isterinya, Wawa Zainal RTW.

Namun, dalam rancak berniaga, Aeril terkejut apabila menjumpai satu objek pelik yang ditemui berdekatan dengan gerai jualannya.

Berkongsikan perkara aneh itu, Aeril mendakwa objek itu adalah sihir yang dihantar oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan perniagaannya.

“Jumpa benda alah ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah… Bulan Ramadan pun nak buat macam ini. Bukan booth kat KL je booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yang sama.

“Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda-benda ni. Dah bawak pergi jumpa pakar dalam bidang ni.. Ternyata benda ni sihir. Cukup-cukuplah.. Percaya pada rezeki masing-masing #iknowwhouare,“ tulis Aeril menerusi posting di laman Instagramnya, semalam.

Jumpa bendala ni kat booth masa meniaga malam tadi kat pwtc… . apalah niat sebenarnya??? Astaghfirullah… . Bulan ramadhan pun nak buat mcm ni..bkn booth kat kl je booth kami kat johor pun sama,staf jumpa benda yg sama… . zaman skg ade lg org percaya benda2 ni😩😩da bwk pegi jumpa pakar dlm bidang ni..ternyata benda ni sihir!! Cukup2 la…percaya pada rezeki masing2 ✌️✌️✌️ Hasbunallahhu wani’malwaqil ni’malmaula wani’malnaseer… #iknowwhouare

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Jun 18, 2017 at 12:10am PDT

Meletakkan hashtag #iknowwhouare, nampaknya Aeril memberikan bayangan seolah-olah dia mengetahui perbuatan sihir tersebut dilakukan oleh siapa. Mudah-mudahan perniagaan Aeril terus sukses selepas ini dan tidak terkesan dengan hasad dengki yang mungkin dilakukan oleh pesaing Aeril dalam bidang perniagaan yang dilakukannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aeril Zafrelpelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Achik Pergi Dulu Untuk Bagi Peluang Adik Dikenali”

Next Post

Jejantas Di Pekan Meru Runtuh Dirempuh Treler

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post

Jejantas Di Pekan Meru Runtuh Dirempuh Treler

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd