• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Permohonan E-Kad Tak Akan Dilanjutkan

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) yang membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI) yang berakhir pada 30 Jun ini tidak akan dilanjutkan, tegas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata pada 28, 29 dan 30 Jun, operasi pendaftaran E-Kad di pejabat Imigresen di seluruh negara akan dibuka sehingga 12 tengah malam bagi membolehkan para majikan merebut peluang mendaftarkan pekerja asing masing-masing.

“Saya amat kecewa berikutan hanya 21,789 majikan yang tampil mendaftarkan pekerja masing-masing. Program yang kita lancarkan sejak 15 Feb lalu adalah percuma tetapi masih lagi majikan tidak ambil kisah atau peduli dengan peluang disediakan ini.

“Mungkin mereka suka buat di saat akhir dan berlaku kesesakan di ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Mungkin majikan ingat kita akan lanjutkan masa, ia (lanjutan) tidak akan berlaku sama sekali,” katanya dalam sidang media berhubung status permohonan E-Kad di sini,hari ini.

Mustafar berkata mulai 1 Julai, operasi besar-besaran menggempur PATI yang gagal didaftarkan oleh majikan masing-masing akan diadakan di seluruh negara dan pekerja asing yang ditangkap akan diusir keluar Malaysia.

Program e-Kad yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan membolehkan PATI mendapatkan permit kerja sah selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Mustafar, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan 118,491 E-Kad dan mendaftar 131, 269 PATI sejak 15 Feb sehingga 18 Jun, manakala selebihnya sedang diproses untuk mendapatkan kelulusan.

“Angka ini memang jauh dari kita jangkakan untuk majikan-majikan datang berdaftar. Jumlah kasar pendatang asing di negara ini adalah sejuta orang tetapi Jabatan Imigresen menyasarkan 400,000 hingga 600,000 orang akan didaftarkan menerusi E-Kad ini. Itupun nampak jauh dari sasaran,” katanya.

Ditanya adakah permohonan daripada majikan ditolak, Mustafar berkata semua permohonan itu disemak secara terperinci dengan mengambil biometrik majikan dan pekerja.

Setakat ini, katanya hanya 4,616 majikan ditolak kerana disenarai hitam kerana pelbagai sebab antaranya pekerja terlibat dalam jenayah serta majikan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, hanya lima industri yang dibenarkan membuat permohonan dan E-Kad yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 63,186 kepada sektor pembinaan, perkhidmatan (32,521); perkilangan (10,477); perladangan (5,716); dan pertanian (6,591).

Tinjauan mendapati ramai majikan dan pekerja asing berkumpul di perkarangan Jabatan Imigresen di sini untuk mendaftarkan PATI masing-masing sebelum tamat tempoh 30 Jun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliPati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Meninggal Dunia Dalam Keadaan Bersujud

Next Post

Pertama Kali Anak-Anak Syria Merai Baju Raya

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

Pertama Kali Anak-Anak Syria Merai Baju Raya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd