• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Umrah Berdepan Tindakan Batal Lesen

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengurusan umrah yang menyebabkan 147 bakal jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 8 Mei lepas, berdepan tindakan dibatalkan lesen perniagaan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kementeriannya akan membatalkan lesen syarikat terbabit dalam waktu terdekat dan memberi 14 hari notis untuk mengemukakan rayuan daripada tarikh notis pembatalan disampaikan.

“Ia tidak munasabah apabila alasan yang diberikan bahawa penginapan penuh di Makkah kerana mereka sepatutnya sudah sedia maklum bahawa bulan Ramadan adalah waktu puncak.

“Sepatutnya mereka mengambil langkah awal untuk buat tempahan dan sebagainya…dan ini satu bentuk penganiayaan kepada mangsa,” katanya pada sidang media sempena majlis Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2017 di sini, hari ini.

Mas Ermieyati berkata orang ramai diminta menyemak terlebih dahulu latar belakang syarikat yang mengendalikan umrah sebelum membuat pembayaran,” katanya.

Beliau juga meminta agar kesemua jemaah umrah terbabit membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap syarikat itu.

Jelasnya, tahun lalu syarikat umrah yang sama turut menyebabkan 31 jemaah umrah terkandas di Mekah selama empat hari selain gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Katanya, bagaimanapun syarikat tersebut telah dikenakan tindakan dan telah membayar kompaun pada Februari lepas. – BERNAMA

Tags: LesenSyarikat Umrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peluang Francais Luar Tembusi Pasaran Tempatan

Next Post

Kerajaan Tetap Adil Pada Semua Bangsa & Agama

Related Posts

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

25/11/2024
0

Iskandar Puteri : Kerajaan negeri disaran membuat beberapa penambahbaikan bagi mengurangkan kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, termasuk...

Kekalkan Keistimewaan Penjawat Awam Dapatkan Rawatan Di IJN – Cuepacs

Pusat Jagaan, Rawatan Ibu Bersalin Tanpa Lesen Diserbu

28/02/2024
0

KLANG - Kegiatan sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja dekat sini mengundang...

Next Post

Kerajaan Tetap Adil Pada Semua Bangsa & Agama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd