• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG suspek kes rogol dan samun yang melarikan diri dari tahanan polis berjaya ditangkap semula tidak sampai 24 jam melarikan diri dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara petang semalam.

Suspek warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol seorang isteri berusia 34 tahun di Kampung Rantau Panjang, Klang ditangkap bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, Shah Alam, kira-kira jam 7 pagi.

Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

Baca: Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

Terdahulu, suspek berusia 27 tahun itu dilaporkan melarikan diri melalui tingkap tandas IPD Klang Utara setelah berpura-pura mahu membuang air, kira -kira 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas itu dengan mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menarik jerigi tersebut.

“Berikutan itu, polis mengadakan gerakan mengesan suspek secara besar-besaran termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dan akhirnya suspek ditemui bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, 7 pagi tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Mohd Yusoff, suspek turut dipercayai cuba merogol seorang wanita di kawasan Kampung Baru Hicom selepas terlepas dari tahanan polis.

“Ketika ditahan, ada penduduk kampung menyatakan suspek cuba merogol adik perempuannya di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Suspek dan rakannya sepatutnya dituduh di mahkamah pada hari ini, tetapi disebabkan kes ini, kita akan tuduh mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, suspek bersama rakan dilaporkan ditangkap di Plaza Tol Grand Shapadu, Klang, pada 13 Jun lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol wanita pada 7 Jun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: rogolsamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd