• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Ada Tiket Percuma Tarik Penonton

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jualan tiket bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017) akan mula dijual selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong berkata MASOC telah menetapkan beberapa jenis sukan yang akan dikenakan tiket serta acara-acara yang tidak dikenakan bayaran.

“Acara sukan yang berlangsung di dalam dewan dan beberapa sukan popular akan dikenakan bayaran,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Inisiatif Hijau Kuala Lumpur 2017 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

“Ia termasuk beberapa venue di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang mana venue berkenaan tidak boleh menampung jumlah penonton yang ramai… jadi kita kenakan bayaran sebagai salah satu cara untuk mengawal penonton yang hadir,” kata Zolkples.

Acara sukan yang tidak akan dikenakan bayaran tiket pula adalah sukan yang kurang popular seperti tinju dan angkat berat.

“Kita memerlukan sokongan daripada penonton untuk memeriahkan lagi acara sukan berkenaan dan jika kita kenakan bayaran, kemungkinan tiada orang akan memenuhi venue dan itu tidak mencapai matlamat asal kita,” katanya.

Zolkples menjelaskan upacara pembukaan dan penutupan juga turut akan dikenakan bayaran kerana menurutnya upacara berkenaan bakal menyediakan persembahan yang hebat dan gilang gemilang.

“Jadi kita jangkakan ramai yang akan datang menyaksikan acara tersebut dan kita telah memutuskan untuk mengenakan bayaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan

Next Post

PAS Johor Tanding Kerusi Terbanyak Pada PRU14

Related Posts

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027

12/05/2022
0

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA pada 2027, umum...

Terjun Hadiahkan Emas Keempat Malaysia

09/05/2022
0

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ‘lubuk’ emas Malaysia dengan menghadiahkan pingat emas keempat dalam...

Next Post

PAS Johor Tanding Kerusi Terbanyak Pada PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd