• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soalan Fathia Latiff Kepada Mahathir Dikritik Netizen

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kalangan artis, tidak keterlaluan kami katakan pelakon Fathia Latiff cukup bertuah apabila diberi peluang menemu bual Tun Dr. Mahathir Mohamad secara langsung di laman Facebook.

Memandangkan, kedua-dua personaliti ini cukup dikenali rakyat Malaysia, pastinya temu bual tersebut menarik lebih 136,000 netizen untuk menyaksikan video ‘live’ tersebut pagi semalam.

Bagaimanapun, sesi temu bual tersebut telah mengundangkan kritikan terhadap Fathia apabila ramai netizen yang merasakan soalan yang diajukannya terlalu remeh dan hanya berunsur peribadi buat tokoh ternama itu.

Malah, ada berpendapat soalan yang diutarakan Fathia tidak cabar minda dan seolah-olah tidak tahu pengetahuan semasa walhal dia merupakan graduan lulusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10154754607333652/

 

Menerusi wawancara itu, Fathia menanyakan antaranya mengenai idea pembinaan Menara Kembar KLCC, tabiat kesihatan, rutin harian dan rahsia Dr. Mahathir menjaga hubungan bersama isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Ali.

Sepanjang sesi temu bual secara eksklusif selama 45 minit itu, Dr. Mahathir bagaimanapun dilihat tenang menjawab segala soalan yang ditanya.

Sementara itu, ada juga netizen yang mempertahankan Fathia dengan berpendapat ini adalah cubaan pertama pelakon itu menemu bual tokoh ternama.

Menyedari dirinya dikecam, Fathia menerusi laman Instagramnya memohon maaf terhadap netizen yang tidak berpuas hati dengan soalan yang diutarakan.

Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan dia sekadar mewakili suara orang muda dan bukanlah wartawan mahupun orang politik.

“Saya gembira menjadi moderator Tun Mahathir. Terima kasih atas peluang ini. Bagi saya, soalan yang datang dari hati tak semestinya kena ‘research’ dulu,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fathia LatiffMahathir MohamadTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd