• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivarasa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa akhirnya membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diatas perbuatannya menyampaikan ceramah dalam dewan Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Selangor pada 24 Mei lalu.

Beliau membuat permohonan maaf itu hanya melalui sepucuk surat selepas sembilan hari Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita baginda diatas perbuatan Ahli Parlimen PKR tersebut mengingkari titah supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik yang akan memecahbelahkan umat Islam.

Sivarasa dalam satu kenyataan media bagaimanapun menegaskan beliau membuat permohonan kepada Sultan Selangor bukan kerana telah melakukan kesalahan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.

Sebaliknya kerana kononnya Sultan Selangor bertitah bahawa setiap ahli politik beragama Islam mahupun bukan Islam tidak boleh memberi apa-apa ceramah mahupun ucapan di dalam masjid atau di kawasan masjid.

“Pada 7 Jun 2017, saya telah menyerahkan sepucuk surat peribadi kepada Sultan Selangor bagi memperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sewaktu majlis pemberian sumbangan di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang pada 24 Mei 2017. Dalam surat itu, saya telah menjelaskan kepada Tuanku ucapan ringkas saya bukan satu ceramah atau ucapan politik.

“Bagaimanapun, saya telah meneliti titah Tuanku yang diberi pada 2 Jun 2017 di Masjid An-Nur Temasya Glenmarie di mana Tuanku telah menjelaskan arahan dan peringatan baginda bahawa mana-mana ahli politik baik beragama Islam mahupun bukan Islam tidak boleh memberi apa-apa ceramah atau ucapan di dalam masjid atau di kawasan masjid.

“Adalah jelas saya telah mengingkari arahan ini dengan ucapan ringkas saya di dalam Masjid An-Nur di Kg Melayu Subang. Justeru, di dalam surat saya itu, saya telah memohon maaf kepada Tuanku di atas kesilapan saya ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Sultan Selangor pada 2 Jun lalu menzahirkan rasa sangat dukacita terhadap tindakan Sivarasa yang merupakan Ahli Parlimen Subang berucap dalam dewan solat Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda telah banyak kali mengingatkan supaya masjid jangan dijadikan tempat untuk berpolitik sama ada oleh orang Islam atau orang bukan beragama Islam.

“Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap dalam masjid adalah kerana beta tidak mahu ianya menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.

“Teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan, anggota Parlimen Subang Sivarasa, “you have cross the line!” (kamu telah melampaui batas),” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Perasmian Masjid An-Nur Temasya Glenmarie. – MYNEWSHUB.CC

Tags: R.SivarasaSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261 Bermula Hari Ini

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261 Bermula Hari Ini

22/02/2023
0

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula di Istana Negara hari ini dengan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah....

Sultan Sharafuddin Terkejut Selangor Dapat Vaksin Tak Seimbang

08/06/2021
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan Selangor hanya menerima 615,210...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd