• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan London: Jenayah Anti-Islam Meningkat

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Bandar London, Sadiq Khan menegaskan polis tidak akan bertoleransi dalam menangani jenayah anti-Islam yang semakin meningkat di ibu kota England selepas serangan ganas di London Bridge, baru-baru ini.

The Independent melaporkan, melalui data yang dikumpul Polis Metropolitan mendapati statistik pada 6 Jun menunjukkan peningkatan 40 peratus dalam insiden berunsurkan perkauman, berbanding dengan purata setiap hari tahun ini.

“Polis akan melakukan apa sahaja untuk menghapuskan tindakan melampau di London dan akan mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap jenayah benci,” katanya.

Sadiq berkata, berlaku pertambahan lima kali ganda dalam kejadian Islamofobia dengan 54 kejadian berunsurkan perkauman direkodkan kelmarin berbanding purata harian 38 kes setakat ini pada 2017.

“Dua puluh daripadanya adalah insiden anti-Islam, jauh mengatasi cuma 3.5 kes purata harian pada 2017.

“Ini adalah tahap insiden Islamofobia harian tertinggi pada 2017 sehingga kini,” katanya.

Baca: Lagi Serangan Berdarah Militan Di London

Juga: Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan

Jelasnya, angka berkenaan lebih tinggi daripada paras dicapai selepas serangan di Paris pada November 2015 yang mengorbankan 130 orang.

Beliau turut menggesa penduduk London untuk bersatu dan menunjukkan mesej jelas kepada dunia bahawa bandar raya itu tidak akan berpecah belah disebabkan individu keji yang mahu mencederakan dan memusnahkan kehidupan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ANTI ISLAMIslamofobiaLondonSerangan London Bridge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

15/07/2024
0

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer (Harapan-Jelutong) sebagai anti-Islam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd