• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas MAS, Giliran Proton Bikin Pembaharuan

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS MAS, Giliran Proton Bikin Pembaharuan!

Geely Automobile dan Proton Holding sudah menandatangani perjanjian bagi membolehkan syarikat pengeluar China itu menguasai 49.9 peratus saham.

Banyak potensi dilihat dengan penyertaan Geely bagi memulihkan Proton yang sangat tenat. Proton sudah menerima RM1.25 bilion suntikan pinjaman tunai mudah kerajaan. Namun, dalam tempoh hampir dua tahun, Proton tetap gagal keluar daripada kemelut kewangan. Proton kekal tidak kompetitif.

Malah, syarat pinjaman kerajaan supaya Proton mendapatkan rakan kongsi strategik antara sebab Proton menerima Geely. Pada satu tahap, Geely mengeluarkan kenyataan bengang kerana Proton kelihatan dingdong dalam urusniaga pengambilalihan itu.

Melalui perjanjian dengan Geely, Proton akan menerima baki RM250 juta bagi melengkapkan pinjaman kerajaan berjumlah RM1.5 bilion. Malah, layak menerima geran pembangunan RM1.1 bilion.

Mendengar saja kenyataan Menteri Perdagangan dan Pembangunan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohammed mengenai kesediaan kerajaan melunaskan semua bantuan ini, berdesing telinga. Membuak-buak rasa marah kerana ia membabitkan wang rakyat!

Mengapa syarikat yang sudah tua bangka berusia 33 tahun harus dibantu sedemikian rupa. Ini era liberalisasi ekonomi – tiap industri harus mapan. Apa lagi pada usia melebihi tiga dekad dan sudah lama hidup dengan menikmati begitu banyak kemewahan.

Cuma mengingatkan pula kenyataan PM bahawa menyelamatkan Proton penting kerana rantaian industri ini membabitkan 200 ribu pekerjaan. Jadi, kenalah terima walaupun angka kewangan bagi segala macam kemudahan Proton lebih relevan sekiranya digunakan untuk projek yang lebih merakyat.

Proton selamat kerana isu kepentingan nasional. Walaupun hakikatnya kita sedar, tidak perlu lagi jenama nasional kalau wujudnya sekadar menghabiskan wang rakyat!

Kini Proton memasuki era baharu. Apa jaminan bahawa ia mampu berdiri sasa? Kita sudah mendengar mengenai potensi Proton menjadi hab pengeluaran kereta pemanduan kanan. Malah, analisis mudah lain menyebut, pasaran kereta di China melangkaui 28 juta unit setahun. Sekalipun hanya menguasai 1 peratus edaran, ia angka berbaloi untuk Proton.

Selain potensi timbul isu pengurusan. Apakah kerajaan akan membiarkan Proton kekal dengan tim pengurusan sedia ada? Pasukan yang gagal? Memang kerajaan tidak akan campur tangan kerana Proton bukan milik kerajaan. Tetapi dengan RM1.5 bilion pinjaman (kini dicagarkan dengan aset DRB-Hicom bernilai RM1.2 bilion) serta RM1.1 bilion geran, rakyat mahu melihat pasukan pengurusan yang mantap.

Pembaharuan bukan pembaharuan sekiranya tiada energi baharu!

Contohi MAS!

Minggu lalu, PM menyatakan rasa puas hati dengan hasil positif ditunjukkan MAS dan menyifatkan proses penstrukturan semula berjalan lancar.

“Berpuas hati bahawa penstrukturan semula MAS berjalan lancar, menunjukkan hasil positif, Pasukan memang wajar mendapat bayaran ex-gratia. Teruskan usaha cemerlang anda,” kata Najib dalam catatan di Twitter beliau, Rabu.

Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun.

Antara langkah utama MAS ialah menukar pasukan pengurusan.

MAS berjaya melakukannya, manakala Proton amat memerlukannya. Jadikan wang rakyat berbaloi. Tidak perlu lagi basa-basi isu anak tempatan. Apa erti patriotisme kalau ia punca yang melingkupkan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd