• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sebagai Bapa, Saya Reda Pemergiannya” – Bazli UNIC

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI nasyid UNIC, Bazli Hazwan Osman menyatakan dia reda dengan pemergian anak sulungnya, Muhammad Syahid ke rahmatullah, pagi tadi.

Menurut pemenang program Gema Gegar Vaganza (GGV) bersama kumpulan UNIC ini, sejak dua tiga hari lalu, kesihatan anaknya dilaporkan semakin merosot dan sering merintih kesakitan.

“Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan.

“Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya, namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Syahid disahkan menghidap barah tahap ketiga selepas mengalami bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru pada Disember lalu.

Allahyarham merupakan anak pertama daripada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup antara Bazli, 33, dengan isterinya, Asiah Abu Bakar.

Seorang lagi anaknya, Muhammad Assfan kini berusia sembilan bulan.

Allahyarham Syahid, 3 tahun, dilaporkan meninggal dunia kerana menderita menghidap barah lymphoma, kira-kira pukul 7.23 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah telah dikebumikan Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor. – MYNEWHSUB.CC

Tags: Bazli UNICgema gegar vaganza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bazli UNIC Baca Al-Quran Jaga Anak Hidap Kanser

11/05/2017
0

SAYU... Bapa mana yang tidak luluh hatinya apabila mendapat perkhabaran sedih bahawa anak kesayangan sendiri yang berusia empat tahun itu...

“Tak Suka Tengok Hijjaz, Tukar Channel Lain” – Munif

09/05/2017
0

KUMPULAN nasyid otai Hijjaz nampaknya masih belum hilang taring apabila saban minggu mempamerkan persembahan yang cukup memberi makna dalam pertandingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd