• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampaoli Tinggalkan Sevilla, Kemudi Argentina

oleh Ahmad Albab
02/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEVILLA mengesahkan jurulatihnya, Jorge Sampaoli telah meninggalkan kelab itu untuk mengemudi Argentina selepas wang pampasan klausa pelepasan dalam kontraknya telah diterima.

Kelab La Liga itu pada minggu lalu mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Persatuan Bola Sepak Argentina tetapi menetapkan tarikh akhir pada 1 Jun untuk melengkapkan semua kerta kerja yang diperlukan.

Selepas wang pampasan diterima pada Khamis, Sampaoli dibebaskan daripada kontraknya dan dibenarkan untuk menyertai Argentina secara rasmi.

Malah beliau turut diperkenalkan sebagai jurulatih baharu Argentina kepada umum di kompleks latihan skuad itu di luar Buenos Aires.

“Jorge Sampaoli telah meninggalkan Sevilla FC berkuatkuasa hari ini selepas segala dokumen yang menyaksikan Sevilla menerima sejumlah pampasan yang ditetapkan dalam klausa pelepasan.

“Sevilla mengucapkan selamat maju jaya kepada Jorge Sampaoli dalam kerjaya profesional terbaharunya. Malah kami turut menghargai khidmat beliau sepanjang musim 2016-2017 di mana pasukan telah berjaya mencapai objektif kempen,” kata kelab gergasi Sepanyol itu. – mStar Online

Tags: Argentinajurulatih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

16/07/2023
0

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd