• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Syawal Peluang Untuk Saling Memaafkan

oleh Ahmad Albab
24/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Saik Keruak berharap rakyat Malaysia akan meraikan Syawal dalam suasana aman dan bermaaf-maafan, bukan sahaja untuk kebaikan ummah tetapi juga untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

Dalam mesej Aidilfitri beliau, Salleh berkata adalah malang apabila tidak semua umat Islam memahami semangat Ramadan dan Syawal, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

“Konflik dan permusuhan masih berterusan dan membiarkan ego, kebencian dan kemarahan menguasai pertimbangan kita.

“Ini bukan ajaran Islam dan bukan pengertian sebenar Ramadan dan Syawal. Jadi marilah kita sama-sama meraikan Syawal sebagai hari keamanan dan saling memaafkan,” katanya dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata bulan suci Ramadan adalah peluang bagi semua umat Islam menahan diri dan bermuhasabah.

“Ramadan melatih kita agar menahan nafsu dan keinginan kita, membuang keangkuhan dan kemarahan, mempamerkan kerendahan hati, memupuk perasaan belas kasihan dan mengasihi sesama insan, serta peluang untuk bermuhasabah.

“Umat Islam yang berpuasa sepatutnya bertafakur atau muraqabah,” katanya.

Salleh berkata hari pertama Syawal adalah hari meraikan kemenangan selepas berjaya menempuh bulan Ramadan — kemenangan atas diri kita atau jihad kecil.

“Semasa Ramadan kita bukan hanya mengawal diri daripada makan, minum dan merokok, tetapi juga daripada menyakiti orang lain dari segi fizikal, secara lisan atau emosi.

“Syawal adalah hari kita memohon dan memberi kemaafan atas kesilapan yang dilakukan, secara sengaja atau sebaliknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakSyawal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kekeliruan Tarikh 1 Syawal: Mufti Perak Jelaskan Takwim Hanya Panduan Awal

Isu Kekeliruan Tarikh 1 Syawal: Mufti Perak Jelaskan Takwim Hanya Panduan Awal

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub    IPOH – Jabatan Mufti Negeri Perak tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung kekeliruan orang ramai mengenai penetapan tarikh...

Bekalan Telur Ayam Dijamin Cukup Untuk Ramadan, Syawal

Bekalan Telur Ayam Dijamin Cukup Untuk Ramadan, Syawal

21/03/2023
0

TAPAH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak mengedarkan sebanyak 290,000 biji telur ayam bagi keperluan dalam negeri dalam tempoh empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd