• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Ke Bekerja Dalam Bidang Ini?

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUANG pekerjaan di Malaysia ada di mana-mana sahaja. Tetapi apa yang pasti setiap kejayaan yang mahu dicapai harus bermula dari bawah. Seorang CEO mungkin berasal dari keluarga yang susah atau serba kekurangan atau dari seorang yang biasa yang berusaha dengan luarbiasa.

Seorang lulusan bidang undang-undang mungkin bekerja dalam bidang kejuruteraan. Atau seorang doktor mungkin menjadi ahli perniagaan. Apa yang salah mengenai bekerja dalam bidang yang lain?

Kebanyakan rungutan yang selalu didengar oleh graduan yang menganggur atau mana-mana individu yang menganggur adalah kerja yang ada tidak sesuai dengan kelulusan. Jika definisi berjaya bagi masyarakat Malaysia adalah bekerja dalam bidang mengikut kelulusan dari universiti yang diperolehi, nampaknya sampai ke sudah Malaysia akan berada di takuk yang lama. Jika seorang doktor dapat menjadi seorang Perdana Menteri, apatah lagi seorang graduan bidang undang-undang yang menjadi seorang setiausaha.

Ironi jika difikirkan ke mana arah tuju kita selepas bergelar seorang graduan, tetapi jangan terlalu fokus kepada apa yang kita mahukan sehingga terlepas apa yang kita perlukan. Ya kita perlukan kerja, tetapi jika kita hanya mahukan kerja dalam bidang yang kita belajar, peratus untuk kita mendapatkan kerja itu amat rendah.

Jika kita buka laman web jobstreet.com sahaja, ada beribu-ribu jawatan kosong yang ditawarkan di Malaysia. Sudah tiada alasan untuk para penganggur untuk terus melangut dirumah ‘menanam anggur’. Sudah tiba masanya untuk menggunakan telefon pintar di tangan dan mulakan langkah untuk mencari pendapatan buat keluarga.

Setiap perkara yang kita lakukan kena bermula dari bawah, mula-mula kerja sebagai seorang kerani, lama-lama cari peluang dalam bidang yang disukai pula. Tetapi apa yang pasti, lakukan kerja kita dengan seikhlas hati dan belajarlah untuk menyukai kerja yang dilakukan.

Namun ingat, jika mahu berjaya dan capai cita-cita kita, jangan takut untuk terus bergerak. Jangan nanti asal dapat kerja yang stabil, gaji yang cukup-cukup makan, keghairahan untuk mengejar kejayaan yang diimpikan sudah dilupakan.

Setiap kejayaan bermula dari langkah yang pertama. Kenal dunia, cari pengalaman dan rancanglah masa depan yang lebih cerah.

#LaskarMalaya

Tags: kerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

22/11/2024
0

JOHOR BAHRU – Cadangan Kerajaan Negeri Johor berhubung tempoh hari bekerja selama empat hari setengah mulai tahun hadapan dilihat sebagai...

90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja

90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja

09/07/2023
0

KULIM : Kolej Vokasional mencapai kejayaan yang memberangsangkan apabila lebih 90 peratus graduannya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd