PELAKON Saharul Ridzwan memberikan nama Muhammad Luth Ali kepada anak sulungnya itu yang dilahirkan pada minggu lalu.
Menurut aktor itu, tiga patah nama yang dipilih itu adalah inspirasi dua orang nabi iaitu Muhammad dan Luth manakala Ali pula membawa makna ‘yang mulia dan tinggi kedudukan’.
“Alhamdulillah selesai majlis Tahnik yang dibimbing oleh ustaz Tarmizi. Hari ini jatuhnya hari ke tujuh selepas kelahiran anak saya, saya dan suami menamakan anak kami Muhammad Luth Bin Saharul Ridzwan. Membesarlah dengan sihat dan bijak anakku, sayangi Allah, sayangi RasulNya, sayangi agamaNya, sayangi ibu-bapamu, InsyaAllah syurga buat kita,” tulis isteri Saharul, Qaabila Deena Emir di Instagramnya.
Saharul bagaimanapun masih lagi menyembunyikan wajah anaknya daripada pengetahuan umum.
Muhammad Luth Ali lahir 6 Jun lalu merupakan pertama pasangan ini yagn mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. – MYNEWSHUB.CC

