• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaya Lucu, Santai Antara Ragam Raya Cuit Hati Netizen

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK perlu menjadi artis jika mahu glamor, cukup dengan keunikan sudah tentu dapat menarik perhatian.

Sambutan Aidilfitri tahun ini meriah dengan pelbagai ragam dan aksi menarik perhatian netizen di laman sosial.

Bukan sahaja berbaju sedondon, tetapi juga ada yang sanggup panjat pokok semata-mata mahu kelihatan unik bagi merakam kenangan terindah pada perayaan kali ini.

Sejak 1 Syawal lagi, tular di media sosial, sekeping gambar di mana sebuah keluarga memakai pakaian yang ‘letop’ dikongsi oleh Hishan Gani.

Lebih ekstrem lagi, sekeping gambar yang dikongsi di Facebook menunjukkan enam wanita berbaju raya merakam gambar mereka di atas sebuah pokok.

Ia sebagai melambangkan salasilah keluarga atau family tree yang erat terjalin sempena Aidilfitri.

Ternyata ia menjadi kelainan yang pastinya lebih mencabar ketika memanjat pokok dengan memakai baju kurung.

Manakala sekeping gambar ‘abang kacak’ yang merakam gambar sambil duduk di atas sebuah sofa di tengah jalan antara yang dikongsi Persatuan Muafakat Johor.

Selain itu, gambar sekeluarga yang mengayakan baju raya sedondon hijau ‘terselit’ di celah-celah pokok pisang juga menarik perhatian ramai.

Malahan, ada yang membuat kapsyen bagi meneka bilangan ahli keluarga di kebun pisang itu.

Sungguh comel rasanya gaya ini dan begitu juga aksi lain yang kreatif sepanjang Aidilfitri kali ini.

Ada juga yang mahu netizen berkongsi gambar romantik bersama pasangan masing-masing dan ia menjadi tular di laman sosial.

Walau apa pun gaya dan aksi yang dikongsikan ini, diharapkan sambutan Aidilfitri kali ini dapat memberi makna dan kebahagiaan kepada anda sekeluarga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AksiHari Raya Aidilfitri
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd