• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radar TUDM Rakam Penuh Nahas Hawk 108

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

“Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

“Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya,” katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Hawk 108
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hawk 108 Tiada Kotak Hitam, Cabaran Bagi TUDM

20/06/2017
0

KEMAMAN - Pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sememangnya tidak memiliki kotak hitam merupakan antara cabaran...

TUDM Nafi Dakwaan Pesawat Hawk 108 Bermasalah

19/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan khabar angin yang tular mendakwa pesawat Hawk 108 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd