• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Perkenal Bayaran Balik Secara ‘Direct Debit’

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik secara konsisten, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan sistem pembayaran ‘direct debit’ atau debit terus secara dalam talian bermula hari ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata menerusi kaedah itu, peminjam tidak perlu lagi ke kaunter PTPTN untuk membuat bayaran debit terus sebaliknya hanya perlu membuat pendaftaran melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my.

“Sebenarnya debit terus secara manual telah diperkenalkan pada November tahun lepas, tetapi kaedah ini agak rumit kerana berlaku beberapa kesilapan kecil semasa pengisian borang seperti perbezaan tandatangan yang akan menyebabkan permohonan ditolak.

“Menerusi debit terus secara dalam talian ini, kelulusan permohonan juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat iaitu dalam tempoh tiga hari bekerja dan peminjam boleh memilih untuk membuat bayaran menggunakan bank pilihan mereka kerana terdapat 17 buah bank yang menyediakan kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengumuman perkhidmatan baharu itu di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata selain peminjam, kaedah tersebut juga dapat dinikmati oleh pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Kita yakin melalui kaedah ini, jumlah skim simpanan akan meningkat dan sasaran RM4 bilion bayaran balik bagi tahun ini dapat dicapai yang mana sehingga April lepas sebanyak RM1.39 bilion berjaya dikutip.

“Peminjam yang membuat bayaran balik secara konsisten sehingga 31 Dis tahun ini menerusi kaedah debit terus secara dalam talian juga dapat menikmati diskaun 10 peratus mengikut bayaran balik yang telah ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar berkata bagi memudahkan urusan bayaran balik dan simpanan, pihaknya menggalakkan peminjam dan pendeposit SSPN-i membuat rundingan dan menghubungi talian Careline PTPTN untuk membuat rundingan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd