• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Dijangka Jika Tidak Distruktur Semula

oleh AK-47
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion pada tahun ini sekiranya syarikat automotif nasional itu tidak ​​​​distruktur semula, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata pada tahun lepas misalnya, kerugian syarikat itu telah mencecah RM500 juta berikutan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan iaitu sekitar 72,000 unit setahun dan 6,000 unit sebulan.

“Pada tahun lepas kerajaan bantu dengan memberi pinjaman mudah RM1.5 bilion. Tahun ini minta lagi (daripada kerajaan untuk) R&D (penyelidikan dan pembangunan) pula RM1.1 bilion.

“Ini duit rakyat yang kita gunakan untuk selamatkan Proton kerana 60,000 orang bergantung rezeki dengan Proton…jadi berapa lama lagi kita perlu beri (sumbangan duit rakyat),” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) di Masjid Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, penstrukturan semula Proton bukan keputusan yang berlandaskan emosi sebaliknya dilakukan atas dasar ‘hidup dan mati’ syarikat itu.

“Kita tak mahu perniagaan yang mati, perniagaan yang lumpuh, tetapi perniagaan yang untung. Kita tak boleh bangga dengan kereta nasional tetapi (hakikatnya ia) rugi berbilion-bilion. Kita lebih bangga dengan kereta nasional yang memberi untung serta faedah kepada kita.

“Apa yang penting adalah mesti menguruskan perniagaan sehingga membawa kepada keuntungan,” kata Najib.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu juga bukanlah berkisar kepada soal untuk mempertahankan 100 peratus pegangan, sebaliknya adalah lebih baik untuk memiliki 51 peratus kepentingan dengan turut meraih keuntungan.

Beliau menegaskan, dalam soal ini terdapat dua pilihan iaitu memiliki pegangan 100 peratus tetapi rugi beratus-ratus juta atau pegangannya berkurangan namun mencatat keuntungan mencecah ratusan juta.

“Sebab itulah kita buat pilihan kedua iaitu lebih baik pegangan dikurangkan tetapi perniagaan kita (meraih) untung,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menggesa rakyat untuk memahami rasional di sebalik isu berkenaan.

“Kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan bukannya nak tipu rakyat. Begitu juga dengan (pelaksanaan) GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kerana kita mahu kewangan negara kita kukuh.

“GST ini akan disalurkan kepada bidang termasuk kesihatan dan sekolah. Terbaru, (pemberian) bantuan khas kewangan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam dan RM250 untuk pesara yang berjumlah RM1 bilion,” katanya.

Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) itu merupakan penyaluran kemudahan bekalan elektrik luar bandar di lapan kawasan Parlimen negeri ini.

Ia membabitkan pemasangan 4,337 unit lampu jalan dengan 500 unit jenis ‘Lampu Sodium Tekanan Tinggi’ di setiap kawasan Parlimen yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM3.4 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pihak pelaksana.

Najib dan Rosmah turut menyampaikan duit raya kepada 60 orang anak-anak yatim dari kawasan Panchor Jaya dan Paroi Jaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd