• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Susu Kangkang

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima anggota ‘Geng Susu Kangkang’, yang disyaki terlibat dalam 30 kes mencuri susu tepung berjenama, ditahan polis di sebuah kedai serbaneka di Dataran Sunway Kota Damansara, Petaling Jaya pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kesemua suspek, yang berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun, ditahan ketika cuba melakukan kegiatan mencuri susu tepung di premis berkenaan pada 6.55 petang.

Menurutnya suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita warga tempatan dipercayai giat melakukan kegiatan itu di sekitar Petaling Jaya dan kawasan lain di Lembah Klang.

“Modus operandi kumpulan itu adalah dengan memasukkan kotak atau tin susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam pakaian yang telah diubah suai atau di dalam beg mereka sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata susu yang dicuri itu kemudian dijual di kedai-kedai di kawasan rumah kongsi atau kedai runcit tertentu.

Mohd Zani berkata tangkapan berkenaan adalah susulan laporan mengenai kes samun melibatkan kumpulan itu di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, yang mengakibatkan seorang pengawal keselamatan dicederakan pada 20 Mei lepas.

Hasil siasatan mendapati kesemua suspek baru sahaja dibebaskan daripada penjara pada tahun lepas kerana melakukan jenayah sama.

Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 7 Jun bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Zani Che DinGeng Susu Kangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Serah Diri Dengan Bawa Mayat Teman Wanita

06/02/2018
0

PETALING JAYA - Anggota yang bertugas di balai polis Damansara benar-benar terkejut apabila seorang lelaki membawa bersama mayat teman wanitanya...

Wanita Tipu Artis Pakej Pelancongan Korea Ditahan

06/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang wanita disyaki suspek terlibat dalam sindiket penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan, ditahan polis petang tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd