• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Tahan 2 Bot Nelayan Asing Di Rompin

oleh Ahmad Albab
16/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pasukan Polis Marin menahan dua bot nelayan asing yang didapati menceroboh perairan negara untuk mencandat sotong tanpa kebenaran dalam operasi yang dijalankan pada Rabu lepas, kira-kira 14 batu nautika dari pantai Nenasi, Rompin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ACP Zulkafli Sariaat berkata dalam operasi itu, kedua-dua bot nelayan Vietnam jenis Jerut Kelas C dan Kail Mengail C itu ditahan berasingan pada 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari ketika sedang berlabuh di kawasan berkenaan dan asyik melakukan aktiviti itu.

“Berikutan itu, kita menahan dua tekong dan 16 awak-awak warga Vietnam yang berumur antara 25 dan 55 tahun dan merampas sotong serta dua bot berkenaan yang dianggar bernilai RM800,000,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 113A Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan candat sotong tanpa lesen dan Seksyen 113 B Akta Perikanan 1985 kerana memiliki pukat sotong tanpa lesen.

Selain itu, kes juga akan disiasat mengikut Seksyen 14(3) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan huruf atau nombor pengenalan kapal lain dan Seksyen 8 B Akta Perikanan 1985 kerana nombor pendaftaran tidak ditebuk/pahat. – BERNAMA

Tags: Bot NelayanPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

Warga Asing Berusia 12 Tahun Antara 16 Ditahan Bekerja Di Bot Nelayan Tempatan

06/10/2023
0

LUMUT: Seramai 16 warga asing ditahan manakala 16 keroncong mata pukat tunda yang diharamkan penggunaannya bernilai RM48,000 dirampas dalam operasi...

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd