• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lepas 3 Das Tembakan Sebelum Tahan 2 Remaja

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan sebelum menahan dua remaja berusia 16 dan 22 tahun yang bertindak melanggar kereta polis ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Kampung Merbau Kudung, Sik, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata dalam kejadian jam 2.21 petang itu, sepasukan anggota ‘Pasukan Khas Lejang’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menghampiri kereta Proton Iriz yang dinaiki suspek untuk tujuan pemeriksaan.

Sebaik memperkenalkan diri, pemandu kereta berusia 22 tahun itu bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya dan melanggar kereta dinaiki anggota polis itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mior Farid Al Athrash berkata anggota polis yang cuba mempertahankan diri dan memberhentikan kereta berkenaan telah melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar hadapan kereta suspek yang dipercayai dicuri sebelum berjaya memberkas kedua-dua remaja itu.

Hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut, katanya, polis menemukan tiga paket kecil berisi dadah heroin, sebilah parang dan pisau serta sehelai baju dan seluar serta kasut askar.

Kedua-dua suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 379 (a) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: tembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Somalia: Aktivis Menangis Daun Jadi Sajian Berbuka

Next Post

Sekali Imbas Macam Lalat, Rupa-Rupanya…

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Biden Kekal Tidak Sokong Pencerobohan Di Rafah

‘Bunyi Letupan, Tembakan Jelas Kedengaran Sampai Terjaga Daripada Tidur…’

29/04/2024
0

RANTAU PANJANG: Penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand di sini mengakui terkejut mendengar bunyi letupan dan bedilan kuat yang dipercayai...

Next Post

Sekali Imbas Macam Lalat, Rupa-Rupanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd