• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Pemandu Perodua Viva Langgar Lari

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta Perodua Viva bagi membantu siasatan kes langgar lari melibatkan seorang wanita warga emas berusia 70-an maut dalam kejadian di Jalan Pasir Putih, Kelantan-Jertih dekat Kampung Padang Luas, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, Rokiah @ Mek Yam Awang sedang berjalan bersama suaminya menuju ke kereta yang diletakkan di seberang jalan sebelum dilanggar kereta terbabit.

Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat di Hospital Daerah Besut mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

“Pemandu kereta terbabit didapati melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Menurut Mohd Zamri, siasatan awal mendapati kereta terbabit milik Mohd Shahimie Bahari dari Gerik, Perak tetapi telah disewakan melalui sebuah syarikat sewa kereta kepada Yong Yoon Kian yang bekerja di Putrajaya bagi tujuan kegunaan harian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksen 41(1) Akta Pegangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta mana-mana saksi atau sesiapa yang dapat membantu untuk mengenal pasti pemandu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hisham Abu Bakar di Pejabat Cawangan Traffik Jertih di nombor talian 09-6972700. – BERNAMA

Tags: langgar laripemandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPN Tak Akan Lindungi Dirinya, Keluarga Jika Salah

Next Post

Mayat Nelayan Ditemukan Lemas Di Kuala Sungai Paitan

Related Posts

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pikap Nissan Navara yang disyaki terbabit kes langgar lari sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

05/02/2025
0

BUTTERWORTH: Pemandu sebuah kereta mewah BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...

Next Post

Mayat Nelayan Ditemukan Lemas Di Kuala Sungai Paitan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd