• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Dedah Rahsia MRT Semantan-Kajang 17.07.17

oleh Ahmad Albab
08/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Fasa dua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang bakal dilancarkan pada 17 Julai ini, namun mungkin ramai tertanya-tanya kenapa tarikh itu dipilih?

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Rancangan Fizikal Negara Ketiga, Dasar Perbandaran Negara Kedua dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara, di sini mendedahkan rahsia tarikh itu.

Beliau berkata pemilihan hari pelancaran fasa kedua tersebut yang akan melengkapkan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer itu memang ditetapkan beliau sendiri kerana keunikan angka pada tarikhnya.

“Tarikh itu sebenarnya mudah untuk diingati kerana ia 17.07.17,” kata Najib tersenyum. Untuk rekod fasa pertama MRT laluan Sungai Buloh-Semantan secara kebetulan dilancarkan pada 16 Disember tahun lalu iaitu 16.12.16.

Beliau berkata tarikh mula beroperasi fasa pertama yang ada 12 stesen itu juga dipilih kerana angkanya mudah disebut dan ia terbukti apabila ramai mengambil peluang mencuba laluan tersebut secara percuma selama sebulan.

PM Dedah Rahsia MRT Semantan-Kajang 17.07.17

“Melalui kedua-dua fasa MRT itu, kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatannya pada setiap hari,” kata Najib lagi.

Hadir sama pada majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan timbalannya, Datuk Halimah Mohd. Sadique.

Fasa dua MRT Semantan-Kajang sejauh 30 kilometer melibatkan 19 stesen yang akan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang terdapat 31 buah stesen di sepanjang laluan ini termasuk tujuh adalah stesen bawah tanah. Setiap tren ada empat gerabak dengan kapasiti maksimum penumpang sebanyak 1,200 orang.

Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan dengan 300 buah bas pengantara MRT turut disediakan untuk mengangkut penumpang ke stesen yang berhampiran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MRTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd