• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PG Mall & PUIM Memeterai MoU E-Dagang

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – PG Mall telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi menggalakkan lebih banyak usahawan untuk menerokai e-dagang sebagai cara bagi memasuki pasaran antarabangsa menerusi platform pemasaran yang boleh dipercayai dan selamat.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold (PGG) Datuk Louis Ng berkata PG Mall, yang merupakan platform pasaran dalam talian yang diasaskan oleh PGG, telah ditubuhkan pada akhir tahun lepas untuk membantu dan menyokong semua jenis dan saiz perniagaan.

“Melalui kerjasama ini, PG Mall akan menggalakkan pedagang sedia ada dan baharu untuk menyertai bengkel PUIM yang memberi penekanan khusus dalam kemahiran e-dagang,” katanya kepada media hari ini.

Katanya, PUIM akan memantau prestasi jualan daripada anggota-anggota yang berdaftar dengan PG Mall secara berkala untuk memastikan keberkesanan bengkel mereka.

“Kerjasama ini adalah bukti kepada kepercayaan mereka ke atas kami, dan ia juga menandakan keupayaan dan kebolehpercayaan kami sebagai penyedia platform e-dagang,” katanya.

Majlis tandatangan tersebut telah disaksikan oleh Pengarah PGG MIS (Jabatan Komputer), Charles Lim dan Naib Presiden PUIM, Zainal Rashid Isa.

Sementara itu, Presiden PUIM, Mohd Azrul Mohd Nor berkata persatuan itu telah bekerjasama dengan PG Mall sejak Disember tahun lepas, dan PG Mall amat membantu dalam mendidik dan mengalakkan anggotanya mengasah kemahiran e-dagang melalui platform PG Mall.

Katanya, perniagaan dalam talian memberikan peluang luas yang sepatutnya digunakan oleh para usahawan tempatan.

Sehingga sekarang, PG Mall mempunyai lebih daripada 5,000 pedagang dengan 100,000 barangan. – BERNAMA

Tags: Datuk Louis Ng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd