• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi

oleh AK-47
30/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di New Delhi, India, Ahad lalu kerana kegagalan enjin.

Syarikat penerbangan, Malindo Air dalam satu kenyataan berkata, penerbangan OD132 yang berlepas dari Lahore, Pakistan sekitar jam 9.25 malam (waktu tempatan) pada hari Ahad menuju Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi akibat masalah enjin.

“Juruterbang berjaya mengawal situasi kecemasan dengan mengikuti prosedur operasi standard dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi dalam masa 40 minit.

“Semua 75 penumpang dilaporkan selamat dan bermalam di sebuah hotel berdekatan dengan lapangan terbang.

“Penumpang kemudiannya menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya,” katanya.

Menurutnya, krew teknikal dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi Pesawat untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui punca kejadian.

“Siasatan sedang dijalankan dengan pengilang enjin dan Boeing untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.

Insiden ini adalah yang terbaru selepas sebuah pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Perth selepas mengalami masalah enjin baru-baru ini. –MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Malindo Airmendarat kecemasanNew Delhi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

06/11/2022
0

NEW DELHI – Pihak berkuasa New Delhi mengarahkan separuh daripada kakitangan kerajaan untuk bekerja dari rumah ekoran kualiti udara yang...

New Delhi Lapor Kes Cacar Monyet Pertama

New Delhi Lapor Kes Cacar Monyet Pertama

24/07/2022
0

NEW DELHI: India melaporkan kes cacar monyet keempat, manakala ibu negaranya, New Delhi mencatatkan kes pertama membabitkan wabak itu, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd