• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Qazaf Anwar Terhadap Shafee Ditolak

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Datuk Seri Dr. Md. Yusup Che Teh, yang mempengerusikan Mahkamah Rayuan Syariah, serta panel hakim Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Mukhyuddin Ibrahim.

Pada 7 November tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang pada 27 Oktober tahun lepas menolak permohonannya untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Muhammad Shafee.

Ini kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.

Ketika membacakan penghakiman setebal 21 muka surat itu di Mahkamah Rayuan Syariah, Md Yusup berkata bahawa tuduhan meliwat tidak terpakai dalam kes qazaf itu mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana peruntukan itu hanya terhad kepada kes pertuduhan zina.

“Berdasarkan Seksyen 2 enakmen berkenaan, perkataan ‘zina’ ditafsirkan sebagai persetubuhan di antara lelaki dan perempuan manakala perkataan ‘liwat’ tidak disebut atau ditafsirkan dalam enakmen berkenaan.

“Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina dalam seksyen itu (Seksyen 36) iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan sahaja dan tidak termasuk perbuatan liwat,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta badan perundangan negeri meminda Seksyen 36 enakmen tersebut berikutan semakin banyak perbuatan menuduh orang lain melakukan liwat selain pindaan itu kelak membolehkan individu yang menuduh orang lain meliwat dituduh di Mahkamah Syariah.

Md Yusup berkata mahkamah turut mendapati Anwar telah melanggar Seksyen 55 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (Negeri Selangor) 2003 apabila gagal mengemukakan kewujudan arahan daripada Ketua Hakim Syarie supaya Mahkamah Tinggi Syariah mendengar aduannya.

“Kami hanya ditunjukkan surat peguam perayu (Anwar) kepada Ketua Hakim Syarie bertarikh 10 Februari 2016, yang memohon untuk membuat aduan terus kepada Ketua Hakim Syarie. Oleh yang demikian, kami berpendapat hujah dan dakwaan perayu adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata ini kerana undang-undang jelas menetapkan bahawa orang awam atau preman yang membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa agama berhubung kesalahan tidak boleh tangkap, hanya akan dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah terlebih dahulu.

Md Yusup berkata pengadu kemudiannya membuat aduan kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah mengikut prosedur ‘Aduan kepada Hakim’ seperti yang dinyatakan mengikut Seksyen 74 hingga 77 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Walaupun Seksyen 74 enakmen berkenaan menyatakan perkataan ‘hakim’ secara umum dan menimbulkan kekeliruan namun, mahkamah berpendapat ‘hakim’ yang dirujuk itu adalah Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

“Prosiding ‘aduan kepada hakim’ adalah merujuk kepada Seksyen 55(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut maklumat berkaitan kesalahan tidak boleh tangkap hendaklah dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.

Anwar memfailkan aduan qazaf di bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 26 Jun tahun lepas menerusui isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR.

Muhammad Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan undang-undang.

Dalam aduan itu, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Februari 2015.

Menurut aduan berkenaan, Mazhab Imam Syafie berpandangan kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah qazaf. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Dr Md Yusup Che TehQazafTan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah...

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd