• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

oleh Ahmad Albab
20/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Suspek yang juga bapa kepada empat anak, Darren Osborne ditahan selepas dipercayai memandu van yang merempuh umat Islam di sebuah masjid di Finsbury Park di sini, semalam.

Identiti suspek didedahkan media Britain termasuk stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), hari ini, susulan insiden semalam, yang mengorbankan seorang mangsa, selain mencederakan 10 yang lain.

Menurut laporan, penduduk tempatan menahan Osborne sebelum diserahkan kepada pihak polis atas tuduhan mengeluarkan arahan, merancang atau berniat melakukan keganasan, termasuk bunuh atau cubaan membunuh.

Identiti Osborne selaku penyerang dalam kejadian itu turut dilaporkan oleh BBC, namun polis Metropolitan London enggan mendedahkan nama suspek sehingga dia dihadapkan ke mahkamah.

Dalam pada itu, beberapa jemaah yang menceritakan mereka yang meninggalkan masjid itu kebetulan sedang membantu seorang lelaki lanjut usia yang tidak sihat sebelum sebuah van menyasarkan mereka dengan sengaja.

Menurut para saksi, van itu dipandu oleh penyerang yang menjerit: “Saya mahu bunuh semua orang Islam.” Ia belok ke arah individu di luar masjid sejurus selepas mereka membantu lelaki berkenaan, yang pengsan.

“Dia membelok kiri ke lorong belakang dan merempuh para pejalan kaki,” kata saksi Abdiqadir Warra kepada AFP. “Sebilangan daripada mereka juga diheret beberapa meter.”

Para penduduk tempatan kemudian melompat ke arah lelaki tersebut dan menahannya sementara menantikan polis untuk tiba di tempat kejadian. Van itu membelok ke kiri dengan sengaja dan “merempuh orang ramai”.

Seorang lelaki terperangkap di bawah van tersebut dan orang ramai cuba mengangkat kenderaan berkenaan untuk membebaskannya.

Amin berkata bahawa apabila orang ramai menahan pemandu tersebut, dia menjerit: ‘Semua orang Islam, saya mahu bunuh semua orang Islam. “Dia benar-benar berkata demikian. Sepatah demi sepatah.”

Polis menyatakan bahawa seorang lelaki sudahpun ditangkap di tempat kejadian dan bahawa tiada lagi suspek yang dikenal pasti sejauh ini. – AFP/BH ONLINE

Tags: Londonmedia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tauke Akhirnya Umum Nikah Tahun Ini

Next Post

Beli Motor ‘Hasil’ Wang Untuk Rokok

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

Kes Bunuh Pemandu E-hailing: Mahkamah Benar Pendakwaan Bantah Dua Laporan Polis Tertuduh

Bicara Kes 1MDB: Kami Tidak Boleh Kawal Media – DPP

05/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat...

Next Post

Beli Motor 'Hasil' Wang Untuk Rokok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd