• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyeludup Buang Lebih 600kg Ganja Ke Laut

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kecurigaan beberapa nelayan tempatan di sini terhadap gelagat sekumpulan lelaki membuang beberapa bungkusan plastik besar ke laut berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 629kg dadah disyaki ganja ke pulau ini semalam, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini.

Pengarah Maritim APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, kumpulan penyeludup itu bertindak membuang bungkusan dadah yang dinilai kira-kira RM1.8 juta dalam pasaran gelap itu daripada bot mereka sebelum melarikan diri selepas menyangkakan nelayan-nelayan berkenaan sebagai pihak penguatkuasa.

“Melihat gelagat mencurigakan itu, nelayan-nelayan ini telah menghubungi APMM dan bot peronda kami, Petir 81, telah bergerak ke lokasi kejadian yang terletak 6.5 batu nautika (kira-kira 12km) ke barat daya Pulau Cupu di sini,” katanya kepada media di sini.

Setibanya pasukan APMM ke tempat kejadian, bot yang digunakan penyeludup-penyeludup berkenaan tidak kelihatan namun 16 bungkusan plastik yang dibuang itu berjaya ditemui dan pemeriksaan lanjut mendapati di dalamnya mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

Zulkarnain berkata ini merupakan rampasan terbesar dadah yang direkodkan APMM di wilayah ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd