• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Hotel Diseru Ketengah Khasiat Ulam

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Pengusaha hotel perlu bersama memainkan peranan mengetengahkan hidangan menu kepelbagaian ulam dalam usaha menarik minat masyarakat khususnya generasi muda memakan ulam-ulaman.

Anggota Dewan Negara Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusuff berkata pada masa sama ibu bapa dan Kementerian Pendidikan juga boleh menggalakkan generasi muda mengamalkan pemakanan ulam dalam usia muda untuk kesihatan lebih baik bagi jangka masa panjang.

“Selain berkhasiat, ulam-ulaman tempatan juga mudah didapati pada harga lebih murah berbanding sayur-sayuran, malah boleh dijadikan sebagai alternatif kepada sayur-sayuran.

“Potensi untuk menjadikan ulam-ulaman sebagai perniagaan juga amat cerah dan mungkin dalam masa 10 tahun akan datang, akan wujud industri berkaitan ulam-ulaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Promosi Lebihkan Makan Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Tempatan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak dan Pengarah FAMA negeri Anuar Mohamed.

Sementara itu, Ahmad berkata pihaknya telah melancarkan Kempen Lebihkan Makan Ulam-Ulaman pada 12 Mei lepas dan menyasarkan untuk mengumpul 1001 jenis ulam dalam tempoh tiga bulan untuk dibukukan dengan maklumat tentang nama saintifik, khasiat dan asal usul, gambar serta menu sesuai.

“Sehingga 12 Jun, kita sudah dapat mengumpulkan 530 jenis ulam, dan saya yakin usaha membukukan 1001 jenis ulam berserta nama sainstifik, khasiat dan asal usul, gambar serta menu yang sesuai, akan dapat direalisasikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ulam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd