• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Diberkas Dengan Sepucuk Pistol, Peluru

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Seorang penganggur berusia 40 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru hidup kira-kira pukul 12 tengah hari di Kampung Saujana, Setiu, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata pistol jenis Revolver .38 itu dijumpai di bahagian dapur rumah lelaki berkenaan yang disorokkan di dalam sebuah beg.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga kita menemukan 10 butir peluru hidup bersama pistol tersebut. Kita masih menyiasat dari mana suspek memperoleh pistol berkenaan dan motif memilikinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fazlisyam berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu seorang pengedar dadah.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis tidak menemui dadah di dalam rumah suspek yang dihuni bersama abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU), katanya.

“Suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960,” katanya. – BERNAMA

Tags: PenganggurPistol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd