• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Malaysia Dibelakang Tuduhan DoJ?

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tuduhan terbaru yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tatkala Malaysia semakin hampir menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah berdasarkan aduan pihak tertentu kepada pihak berkuasa asing tersebut.

Persoalannya, pihak manakah yang membuat aduan tidak berasas kepada DoJ tersebut dan mengapa DoJ tergesa-gesa membuat pengumuman mengenainya sedangkan ia perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu sebelum boleh diterima sebagai satu fakta.

Lebih membingungkan, 1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil berkenaan, malah fakta sebenar adalah aset yang didakwa diperolehi dari sumber yang salah dan mahu dilucut hak itu dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB.

Pengumuman oleh DoJ tersebut kemudian disambut pembangkang Malaysia yang diketuai DAP untuk membolehkan mereka terus menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Malaysia dengan mengambarkan seolah-olah sah dana 1MDB telah diseleweng.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, DoJ mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil, tetapi ia mesti berlandaskan kepada fakta yang boleh dibuktikan dan bukan berpegang kepada kenyataan retorik tanpa asas yang kukuh serta mempunyai niat tidak baik.

“Saya merujuk kepada dakwaan tanpa bukti yang kukuh dalam saman sivil difailkan oleh DoJ. Apa yang penting, dakwaan yang dibuat DoJ perlu dibuktikan di mahkamah sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.

“Secara jelas, siasatan DoJ ini dicetuskan oleh aduan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan (Malaysia).

“(Rakyat) Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan DoJ perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi mengguling Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahman menegaskan, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sudah menjalankan siasatan terperinci melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang terdiri dari kedua-dua ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang.

Tegas beliau, PAC dalam siasatannya tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng dari 1MDB.

Abdul Rahman merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: DOJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

04/07/2024
0

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low, adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd