• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Grab Selamba ‘Bodohkan’ Pelancong China

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM lagi reda dengan isu membabitkan pemandu Grab yang ditahan kerana dipercayai merogol penumpangnya di Seri Kembangan baru-baru ini, muncul pula lagi kisah yang kurang enak mengenai pemandu syarikat pembekal perkhidmatan terkemuka di Asia Tenggara ini.

Kali ini membabitkan seorang pemandu lelaki yang memperlekeh dan mengutuk dua penumpang yang merupakan pelancong dari China.

Menerusi rakaman video yang mula tular di laman sosial sejak semalam itu memaparkan lelaki bertopi dan berkaca mata itu merakam dirinya sendiri dan dua penumpang warga China yang duduk di bahagian belakang.

Dalam rakaman tersebut, pemandu itu yang kononnya merakam video berkenaan sebagai ‘meraikan’ ulang tahun kelima Grab dengan selamba mengutuk dan menghina kedua-dua penumpang terbabit dalam bahasa Malaysia yang jelas tidak fahami oleh pelanggan itu.

Dia mendakwa, penumpang warga China itu membuatkan dia ‘pening’ dipercayai kerana masalah komunikasi, sebelum pemandu terbabit mengelarkan mereka sebagai ‘bodoh’, ‘bengal’, ‘lahanat’ dan ‘musibat’.

“Si bodoh, lahanat, aku cari dia. Dia boleh duduk dalam jam (jalan sesak).

“Si bengal dua orang ni pakai baju belang macam Zebra ni, aku rasa macam nak tepuk je kepala dia. Seronok beb dapat customer (pelanggan) China,” kata lelaki itu dalam rakaman tersebut.

Sambil meminta kedua-dua penumpang itu melambai tangan ke arah kamera, lelaki tersebut berkata: “China very good (Sangat bagus) dan musibat. 5 tahun raikan Grab… kita ada pelanggan (dari) China, yang bodoh-bodoh alam macam ni. Kau pening nanti. Jaga-jaga.”

Akibat tindakan kurang ajar pemandu Grab itu, netizen menyelar dan mengutuknya, selain ada yang mendesak supaya pihak Grab mengenakan tindakan yang sewajarnya berikutan perbuatan memalukan dan menghina penumpang.

Ada netizen yang menganggap tindakan pemandu Grab ini menjejaskan imej negara dan pelancong itu mungkin boleh mengetahui maksud sebenar perkataan yang dilontarkan lelaki tersebut.

“Walaupun org tak paham dgn bahasa kita xpayah laa nak kutuk2 dia. Dia bayar kat kau macam tu kau layan customer.. Mana laa nak dpt keberkatan kalau macam tu,” tulis Akief Khan.

Perkongsian video tersebut menjadi tular di laman sosial dan jelasnya mendapat kritikan netizen serta mencemarkan imej Grab yang meraikan ulang tahun yang kelima pada 5 Jun lalu bagi menghargai pelanggan di atas sambutan yang semakin menggalakkan terhadap perkhidmatan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: biadapGrabGrab CarPelancongpemandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saya Dipukul Dengan Kayu Belati, Ditendang

Next Post

Diskaun Tol Di LPT Dan Karak Sempena Aidilfitri  

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

Diskaun Tol Di LPT Dan Karak Sempena Aidilfitri  

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd